`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, January 2, 2023

2 beradik rentung: KPWKM tunggu laporan sebelum sahkan status ibu bapa

 

Dua beradik ditemui rentung dalam rumah mereka di Jalan Dewan Simpang Tiga, Gombak kira-kira 3.30 pagi tadi. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menunggu laporan penuh kebakaran yang mengorbankan dua beradik, sebelum menentukan sama ada ibu bapa mangsa melakukan kecuaian mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).

“Kita sedang menunggu laporan daripada polis, sebelum kita dapat mengesahkan status ibu bapa berkenaan,” kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri yang dipetik Berita Harian.

Beliau mengulas kebakaran sebuah rumah teres di Jalan Dewan Simpang Tiga, Gombak kira-kira 3.30 pagi tadi yang menyebabkan Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 9, dan adiknya berusia enam tahun, Muhammad Al Qayyum, rentung dalam bilik utama.

Ibu bapa mangsa dilaporkan keluar makan ketika kebakaran berlaku.

Menurut Seksyen 31(1)(a) Akta 611, menjadi kesalahan bagi mana-mana orang yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak, menganiayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkan mereka mengalami kecederaan fizikal atau emosi.

Mengulas lanjut, Nancy berkata, undang-undang sedia ada perlu diperketatkan, termasuk bukan di bawah bidang kuasa KPWKM, bagi mengelakkan tragedi sama berulang dan pihaknya terbuka untuk bekerjasama dengan kementerian lain serta NGO.

“Selain itu, KPWKM akan berusaha menggalakkan pemerkasan komuniti supaya jiran tetangga dan sukarelawan mengambil tindakan yang dapat mengelakkan perkara seperti ini berlaku.”

Ketua Polis Daerah Gombak, Zainal Mohamed Mohamed dipetik Harian Metro berkata, keterangan ibu bapa mangsa akan diambil dalam masa terdekat kerana ia diperlukan untuk proses siasatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.