`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, January 2, 2023

Lelaki dipercayai mabuk lemas dalam kolam takungan

 

Bomba berkata pihaknya menerima maklumat daripada polis yang menyatakan seorang lelaki dalam keadaan mabuk dipercayai terjun ke dalam kolam takungan air. (Gambar Bomba)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan yang dipercayai mabuk ditemukan lemas dalam sebuah kolam takungan air di Tasik Puteri Centre Park, Batu Arang, Rawang dekat sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada 10.26 pagi, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang digerakkan ke lokasi.

“Kawalan BBP Batu Arang menerima maklumat daripada pihak polis, menyatakan seorang lelaki tempatan dalam keadaan mabuk dipercayai terjun ke dalam kolam takungan air berkeluasan 9m kali 9m pada kira-kira 10 pagi tadi.

“Anggota bomba kemudian membuat kerja pencarian sebelum menemukan mangsa pada kedalaman kira-kira 3m dalam kolam tersebut pada 1.33 tengah hari,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Norazam berkata, mayat dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk tindakan lanjut. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.