`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, January 24, 2023

3 lagi ladang babi di P Pinang dijangkiti ASF

 

Ketua Menteri Chow Kon Yeow, berkata sebanyak 4,204 ekor babi dari empat daripada 21 ladang di Seberang Perai Selatan, selesai dilupuskan sepenuhnya. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Tiga lagi ladang ternakan babi di Pulau Pinang mencatatkan kes baharu demam babi Afrika (ASF), sekali gus menjadikan keseluruhan 21 ladang terkesan, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Kon Yeow berkata, kes jangkitan ASF melibatkan ladang ternakan di Seberang Perai Selatan (SPS), Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT).

“Sehingga kini, wabak ASF telah merebak ke 21 ladang berbanding 18 sebelum ini. Situasi ini akan dipantau secara berterusan,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau turut memaklumkan, sebanyak 4,204 ekor babi dari empat ladang di SPS selesai dilupuskan sepenuhnya.

Katanya, pemilik ladang terbabit harus tampil terutamanya bagi tujuan permohonan pampasan yang akan diuruskan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

“Dalam dua tiga hari ini, kita akan buat persiapan meneruskan usaha (pelupusan babi) jadi penternak perlu tampil kerana sudah diumumkan ada pakej pampasan.

“Jadi mereka perlu memaklumkan kepada JPV untuk mengesahkan bilangan ternakan yang dilupuskan baru boleh mengemukakan tuntutan.

“Lagipun ini wabak yang perlu dimaklumkan apabila berlaku dan ia turut termaktub dalam akta dan wajib dilaporkan sekiranya terdapat kes jangkitan dalam ladang,” katanya.

Difahamkan, nilai pampasan babi dewasa bernilai antara RM400 dan RM800 dengan penternak perlu memenuhi syarat tertentu.

Khamis lalu, dilaporkan 18 ladang babi dengan jumlah 48,194 ekor babi terjejas akibat ASF di negeri itu.

Berdasarkan rekod, terdapat sejumlah 124 ladang ternakan babi beroperasi di Pulau Pinang iaitu sejumlah 64 di Seberang Perai Utara, 52 di SPS, empat di SPT dan empat di bahagian Pulau melibatkan sejumlah 267,348 ekor babi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.