`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, January 24, 2023

Orang Asli Gua Musang terputus hubungan, Unit Udara Bomba terus hantar makanan

 

Dua pesawat, Agusta A109E dan Agusta Westland AW189, digunakan bomba dalam misi menghantar 25 tan bekalan makanan di enam pos Orang Asli, Gua Musang, bermula semalam. (Gambar Bernama)

GUA MUSANG: Unit Udara Bomba meneruskan misi menghantar 25 tan bekalan makanan ke enam pos Orang Asli, di sini, bermula semalam.

Detasmen Komander Operasi Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Wahyudi Mohd Sayuhti, berkata operasi diteruskan setelah mengalami kelewatan akibat hujan lebat berterusan di jajahan itu, sejak Jumaat.

“Operasi semalam (Isnin) bermula pukul 10 pagi membabitkan dua pesawat iaitu Agusta A109E dan Agusta Westland AW189.

“Sebanyak 5.9 tan makanan berjaya dihantar setakat ini ke Kampung Gawin dan Kampung Gob di Pos Gob, Kampung Jader dan Kampung Ladoi di Pos Simpor serta Kampung Sempadik di Pos Belatim,” katanya kepada pemberita di Padang Kompleks Serbaguna Majlis Daerah Gua Musang.

Beliau berkata, penugasan penghantaran bantuan akan diteruskan memandangkan cuaca ketika ini berada dalam keadaan baik.

“Walau apa pun situasi, kami tetap komited dalam melaksanakan tugas kerana ini bukanlah pengalaman kami berdepan situasi sebegini,” katanya dan menambah operasi itu turut melibatkan kerjasama Bomba Gua Musang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

Menurut Berita Harian, sebelum ini, lebih 37 tan bekalan makanan asas diagihkan kerajaan Kelantan kepada 2,086 keluarga Orang Asli di sekitar daerah itu yang terputus hubungan disebabkan jalan rosak. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.