`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, January 17, 2023

ABANG MAT CADANGAN HAPUSKAN KAWALAN HARGA TELOR ITU CADANGAN TERBAIK

 


  • government studying floating prices of chicken eggs
  • providing subsidies for B40 group
  • discussions with finance, economic, domestic trade, cost of living ministries
  • suggestions egg prices should be floated 
  • subsidies given for B40 community
  • discussing subsidy with egg producers, to continue or modify 
  • stop importing eggs from India 

My Comments : 

Kepada Abang Mat saya ada sedikit cadangan dan sedikit pendapat.

Pertama sekali impot telor ayam dari India secara tiba-tiba ini sangat bermisteri juga. Siapa pengimpotnya? Apakah syarikat monopoli lagi? Berapakah harga impot telor dari India itu? 

Kenapa pula telor ayam dari India itu dijual dengan harga LIMA PULUH SEN sebiji? Melebihi harga kawalan  41 sen sahaja bagi telor ayam Malaysia? 

Ikut laporan Sinar Harian, telor ayam dari India itu telah menimbulkan pelbagai soalan berkenaan kualitinya yang tidak setanding telor ayam Malaysia.

Saya juga ingin tanya jika wang rakyat atau public funds atau taxpayers money terlibat untuk mengimpot telor ayam dari india itu? Jika duit rakyat terlibat berapa banyak duit kita yang terlibat? Berjuta? Berpuluh juta? Adakah broker dan komisyen agent terlibat?

Saya minta Abang Mat transparent sikit berkenaan misteri telor ayam dari India ini. Kita sudah melepasi Zaman Mahazalim dan Mahafiraun. So the government must be more transparent.

Saya setuju dengan cadangan Wee Ka Siong bahawa jika harga jualan telor ayam tempatan di naikkan menjadi  50 sen, tentu sekali masalah kekurangan bekalan telor (shortage of egg supply) akan hilang atau sangat berkurangan. 

Apakah sebabnya kerajaan membenarkan peladang telor ayam India mendapat keuntungan lebih daripada harga lebih tinggi di pasaran kita tetapi peladang ayam dan telor kita sendiri tidak dibenarkan menaikkan harga telor? 

Abang Mat, peladang ayam dan telor di India tidak bayar cukai di Malaysia. They are not Malaysian taxpayers. Tetapi peladang ayam dan telor tempatan membayar cukai kepada kerajaan pimpinan Abang Mat juga.

Lagi banyak ayam dan telor mereka jual, maka lagi banyaklah kutipan hasil oleh kerajaan pimpinan Abang Mat. Kenapa kerajaan lebih suka tabur pasir dalam periuk nasi sendiri?

Kalau kita impot telor dari India, maka nilai Ringgit Malaysia juga akan merosot lagi sebab kita terpaksa beli Rupee India untuk settle payment mengimpot telor. (Kecuali kalau kita bayar US Dollar pula - which is even more crazy).

Cadangan hapuskan kawalan harga bagi telor ayam itu adalah cadangan yang bagus. Yang penting sekarang (dan yang menjadi masalah besar) ialah bekalan telor ayam tidak cukup. Di supermarket di tempat saya tidak ada telor ayam 41 sen. Yang ada hanya telor dijual dengan harga RM6.49, RM7.69, RM11.29 dsbnya untuk 10 biji. 


Dan saya melihat ramai juga orang yang 'biasa-biasa' yang sanggup membeli telor ayam RM6.49 itu. Maksudnya ramai pembeli sanggup beli telur dengan harga 65 sen sebiji

Maksudnya kalau kita hapuskan kawalan harga jualan bagi telor kemungkinan besar harga runcit telor ayam akan stabil antara 41 sen (harga sekarang) hingga 50 sen sebiji (harga telor impot dari India).

There is another danger. Ada bahaya lain juga. Sekarang pengguna sudah tiada pilihan dan juga sudah biasa membeli telor 65 sen sebiji (yang dalam gambar atas) yang diluar kawalan harga oleh kerajaan. Jika masalah bekalan telor "kawalan harga" 41 sen tidak diselesaikan segera kemungkinan akan wujud 'keadaan stabil' yang baru (new equilibrium) di mana pengeluar akan menambahkan pengeluaran telor ayam 65 sen dan pengguna pun akan sedia membelinya. Jika production increase banyak lagi, mungkin telor ayam 65 sen akan turun harga sedikit. Jadi lepas ini akan tidak ada lagi telor 41 sen di pasaran - secara permanent.

Di negeri lain pun bekalan telor ayam mengalami gangguan (contohnya New Zealand dan Amerika Syarikat) tetapi itu disebabkan perkara berlainan seperti penyakit bird flu, dan masalah tempatan. Tidak ada kena mengena dengan keadaan dalam negara kita. 

Saya kurang setuju dengan cadangan memberi bantuan subsidi kepada golongan B40 khusus untuk beli telor. (If that is the real suggestion-lah). Sebab kerajaan tidak boleh memastikan bantuan "beli telur" akan tepati sasarannya ia itu untuk beli telur. 

Lagipun kerajaan sudah pun menyediakan pelbagai bantuan tunai (bantuan sekolah, bantuan bujang, bantuan warga emas, bantuan B40, bantuan ini dan itu) dan pelbagai sabsidi yang semuanya membantu orang mengatasi masalah kos sara hidup.

Tetapi di negara lain yang lebih maju dan lebih waras dasar ekonomi mereka, tujuan bantuan kerajaan sangat mudah - untuk menambahkan pengeluaran produk yang menjadi masalah bagi pengguna. Masalah maskudnya samada kurang bekalan produk atau harganya tinggi atau kedua-dua sekali. 

Jadi sabsidi atau bantuan kerajaan disasarkan kepada pengeluar (producers). Bukan kepada pengguna.

Contohnya untuk menambahkan pengeluaran padi dalam negara Jepun kerajaan Jepun memberi sabsidi dan bantuan yang ditarget khusus kepada kaum petani. Jepun tidak memberi bantuan kewangan atau sabsidi kepada golongan B40 mereka khusus untuk membeli beras di kedai atau supermarket. Mereka tujukan bantuan dan sabsidi kepada petani dan pesawah padi.

Begitu juga kerajaan New Zealand pernah memberi bantuan dan sabsidi (guaranteed buy back contohnya) kepada pengeluar susu lembu untuk menambahkan pengeluaran susu dan mentega (milk and butter) yang menjadi ekspot New Zealand.  Kerajaan New Zealand tidak beri bantuan kepada kaum B40 mereka (contoh saja) khusus untuk membeli butter atau susu lembu. 

Begitu juga jika kerajaan mahu menambahkan pengeluaran telor ayam dalam negara kita, lebih baik kerajaan beri bantuan kepada peladang dan penternak ayam telor. Memang sudah ada pun bayaran sabsidi kepada penternak ayam telor tetapi jelas sekali skim sabsidi itu mengalami pelbagai rintangan. Sebab bekalan telor ayam masih bermasalah. 

Tambah lagi majoriti ahli politik, menteri yang bertanggungjawab dan penjawat awam terlibat adalah Melayu tetapi majoriti peladang dan penternak ayam telor adalah bangsa Cina.   Jadi racial factor pun menggangu fikiran orang. 

Wee Ka Siong telah pun jelaskan 

"Prioritise local egg farmers, Dr Wee urges Mat Sabu - Dr Wee also questioned the necessity of the Agriculture and Food Security Minister’s working visit to monitor the egg production process in India.  Dr Wee said Mohamad could have received a better perspective on the issue just by visiting the Ayer Hitam parliamentary constituency.  “In Yong Peng, there are more than 100 chicken farms and this is the most popular egg production area for the domestic market and Singapore, whereby millions of eggs are exported to our neighbouring country daily,” he said.

Saya setuju. Kenapa lah buang duit rakyat, bayar tambang, buang duit hotel melawat ke India? Untuk belanja duit kita di negara orang lain? Untuk kayakan peladang ayam telor India pula? Why not pergi ke Ayer Hitam di Johor dan berjumpa dengan penternak ayam telor kita sendiri? 

Berita latest ialah harga kawalan telor ayam telah pun dinaikkan menjadi 45 sen sebiji. 

Tetapi hari itu telor ayam impot dari India pula dijual dengan harga 50 sen sebiji. (Mungkin terlibat broker atau commission agent ke?)

Wee Ka Siong kata :  Dr Wee said if local eggs are allowed to be sold at RM0.50 each, local farmers will be able to continue their businesses without suffering any losses."

Hapuskan saja kawalan harga bagi telor ayam. Let the pasaran decide the selling price for eggs. Bila pasaran bebas memutuskan harga jualan, percayalah bekalan telor akan stabil semula. 

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.