`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, January 14, 2023

Benarkan program kalibrasi semula pekerja dalam semua sektor, kerajaan diberitahu

 

Malaysia masih kekurangan sejuta pekerja asing dalam pelbagai sektor.

PETALING JAYA: Majikan mahu kerajaan membuka skim kalibrasi semula pekerja asing kepada semua sektor.

Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Syed Hussain Syed Husman berkata, majikan semua sektor harus dibenarkan untuk menguruskan pekerja mereka yang tidak mempunyai dokumen.

Versi awal skim itu, yang tamat pada 31 Dis tahun lepas, terhad kepada sektor pembuatan, pembinaan, pertanian, perkhidmatan dan perladangan, katanya.

Bagaimanapun, Syed Hussain berkata, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail tidak menyebut sama ada sektor lain akan dimasukkan dalam ulangan terbaru skim itu.

Dilaporkan bahawa negara masih kekurangan sejuta pekerja asing dalam pelbagai sektor.

Pada Selasa, Saifuddin mengumumkan lanjutan program itu yang menyaksikan lebih 410,000 pendatang tanpa dokumen mendaftar untuk menjadi pekerja asing yang sah.

Syed Hussain berkata, pekerja asing harus dibenarkan mendaftar dalam program itu tanpa didaftarkan oleh majikan.

Dengan cara ini, majikan yang berminat untuk mengambil pekerja-pekerja ini boleh memohon kepada pihak berkuasa.

“Ini akan membantu pihak berkuasa memantau dan merangka pelan tindakan untuk menguruskan situasi tersebut,” katanya kepada FMT.

Beliau juga bersyukur kerana kerajaan telah berikrar untuk menjadikan syarat untuk mendaftar dalam program itu lebih fleksibel.

“Majikan akan menunggu proses terperinci dan menentukan sama ada sistem baharu itu akan menangani isu buruh mereka.

“MEF khuatir tentang pelaksanaan kerana di sinilah kelewatan berlaku,” katanya.

Presiden Persekutuan Pekilang Malaysia (FMM) Soh Thian Lai menyifatkan pelanjutan program kalibrasi semula itu sebagai langkah yang bagus.

Beliau turut mengusulkan agar program itu diuruskan oleh pihak berkuasa tunggal. Ia kini diuruskan oleh kedua-dua Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Tenaga Kerja. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.