`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, January 14, 2023

Tular gaduh depan klinik, 6 lelaki ditahan

 

Semua yang ditahan direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan, menurut polis.

IPOH: Polis menahan enam lelaki semalam disyaki terbabit dalam pergaduhan di hadapan sebuah klinik kesihatan di Taiping seperti yang tular menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Taiping, Razlam Ab Hamid berkata kejadian yang berlaku pada Rabu lepas itu melibatkan seorang mangsa berusia 48 tahun.

“Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 19 hingga 37 tahun. Polis turut merampas sebatang rotan dan kayu disyaki digunakan dalam pergaduhan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Razlam berkata hasil siasatan mendapati pergaduhan tersebut berpunca daripada masalah keluarga.

“Dua daripada lelaki itu mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah. Kesemua yang ditahan direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi serta menularkan video kejadian kerana kes masih dalam siasatan selain mengelak daripada mendatangkan kebimbangan terhadap orang ramai. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.