`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, January 18, 2023

Duit pusaka RM35,000 lesap angkara khidmat bersih bulu haiwan

 

Polis berkata suspek meminta mangsa memuat turun aplikasi diberikan bagi tujuan pembayaran perkhidmatan pembersihan bulu haiwan.

PETALING JAYA: Seorang wanita berusia 40 tahun dari Kuantan kerugian RM35,000 selepas terpedaya dengan urusan perkhidmatan pembersihan bulu haiwan.

Ketua Polis Pahang, Ramli Mohamed Yoosuf, berkata berdasarkan laporan, suri rumah itu melihat iklan pembersihan bulu haiwan pada 13 Jan lalu.

Katanya, mangsa kemudian berhubung dengan suspek melalui nombor telefon diberikan.

“Suspek meminta mangsa memuat turun aplikasi yang diberikan bagi tujuan pembayaran perkhidmatan itu.

“Selepas mengisi maklumat diri dalam aplikasi itu, mangsa mendapati wangnya berkurangan sebanyak RM35,00 daripada akaun miliknya yang juga wang pusaka ayahnya.

“Menyedari ditipu, mangsa membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya menurut Harian Metro.

Ramli menasihati orang ramai tidak memuat turun aplikasi yang tidak berkaitan.

“Jangan mendedahkan butiran perbankan kepada pihak ketiga atau aplikasi daripada pautan mencurigakan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.