`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, January 18, 2023

Harga siling ayam, telur diangkat selepas bekalan pulih, kata Salahuddin

 

Salahuddin Ayub berkata kerajaan sedang menunggu masa untuk mengangkat harga siling ayam dan telur yang telah dilaksanakan terlalu lama.

PETALING JAYA: Kerajaan akan mengangkat pengapungan harga siling ayam dan telur ayam selepas bekalan dijangka pulih dalam tempoh tiga bulan akan datang, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub.

Beliau berkata, kementeriannya sedang menunggu masa untuk mengangkat semula harga siling barangan tersebut.

“Saya telah nyatakan hasil laporan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, bekalan ayam telah pulih sepenuhnya dan bekalan telur akan pulih paling kurang tiga bulan lagi.

“Jadi hanya menunggu masa sahaja untuk harga siling diangkat balik kerana ia telah dilakukan terlalu lama, hampir setahun lebih,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Tambahnya, harga siling yang bakal diangkat kembali itu sedang menunggu keputusan yang akan diputuskan kabinet sendiri.

Terdahulu, Salahuddin berkata, penetapan harga siling RM9.40 sekilogram bagi ayam standard di pasaran akan dikaji semula bagi memastikan rakyat mendapat sumber protein itu pada harga lebih stabil.

Ditanya sama ada harga siling baharu itu nanti akan lebih murah berbanding harga siling semasa atau sebaliknya, Salahuddin berkata perkara itu akan ditentukan kemudian dan berharap rundingan baik dapat dilakukan dengan pemain industri. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.