`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, January 24, 2023

Hari ke-6 Op Selamat rekod 1,312 kemalangan

 

Kereta masih merekodkan penyumbang tertinggi kemalangan dalam Op Selamat dengan 72.36%, pikap 13.10% dan motosikal 11.48%.

PETALING JAYA: Sebanyak 1,312 kemalangan jalan raya direkodkan di seluruh negara semalam pada hari keenam pelaksanaan Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Mat Kasim Karim berkata, kemalangan itu membabitkan 1,603 kenderaan.

“Daripada statistik harian, kereta mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi iaitu 1,160 kes, diikuti pacuan empat roda sebanyak 210 kes, motosikal (184), lori (19), van (19), bas (5), teksi (4) dan masing-masing satu kes kemalangan basikal dan kenderaan polis.

“Kereta masih merekodkan penyumbang tertinggi kemalangan dengan 72.36%, pikap 13.10% dan motosikal 11.48%,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Op Selamat 19 dilaksanakan selama 10 hari bermula 18 hingga 27 Jan di seluruh negara. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.