`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, January 23, 2023

Hujan berterusan tahap waspada di 5 negeri hingga Rabu

 

MetMalaysia meramalkan hujan berterusan di Dungun dan Kemaman, Terengganu, serta di Kuantan, Pekan dan Rompin, Pahang, selain di Johor, Sabah dan Sarawak. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah hingga Rabu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 12.05 tengah malam tadi, MetMalaysia meramalkan hujan berterusan di Dungun dan Kemaman, Terengganu, serta di Kuantan, Pekan dan Rompin, Pahang.

Selain itu, MetMalaysia turut menjangkakan keadaan cuaca sama di Johor, melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Hujan berterusan juga dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak, iaitu di Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta di Sabah (Tambunan, Pantai Barat, Lahad Datu, Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.