`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, January 20, 2023

Kakitangan kerajaan negeri terima bonus dikecualikan cukai, umum PM

 

PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa semua kakitangan kerajaan negeri yang menerima bonus akan dikecualikan daripada cukai.

Beliau berkata, ini terpakai bagi semua perkhidmatan awam di semua negeri.

“Bonus yang diberikan kerajaan negeri itu tertakluk kepada cukai tetapi atas desakan yang saya fikir munasabah, bonus itu tidaklah tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, turut diumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion bagi membangunkan kemudahan dan meningkatkan keselamatan di sepanjang sempadan Sabah dan Sarawak dengan Indonesia.

Anwar berkata, kemudahan itu melibatkan tambahan pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), pos kawalan polis dan tentera, serta prasarana jalan raya dalam usaha meningkatkan capaian antara dua negara susulan pembukaan ibu negara baharu Indonesia, Nusantara, di Kalimantan.

“Kita putuskan peruntukan tambahan CIQ, keselamatan sempadan dan meningkatkan keupayaan kedua-duanya,” katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan Premier Sarawak Abang Johari Openg dan Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor di Kuching.

“Kita tidak mahu dilihat terlalu daif. Kementerian Kewangan telah memberi kelulusan awal sebanyak RM1 bilion untuk memulakan kerja dalam tempoh segera.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.