`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, January 18, 2023

KPDN mahu pendekkan isu birokrasi berkait permohonan syarikat perniagaan, kata menteri

 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub memberitahu 360 permohonan syarikat asing untuk menjalankan aktiviti perniagaan di Malaysia diluluskan pada 2021. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menangani isu birokrasi dalam proses permohonan syarikat tempatan dan antarabangsa untuk menjalankan aktiviti perniagaan di negara ini.

Menterinya, Salahuddin Ayub berkata, kerajaan fokus kepada usaha menghidupkan suasana perniagaan dalam negara dengan memberi kemudahan berbentuk kelulusan permohonan dan fasiliti kepada komuniti perniagaan.

“Kita pendekkan sebarang isu-isu birokrasi supaya mereka yang datang untuk mendapatkan kelulusan itu selesa dan ini akan menggamit pertumbuhan ekonomi yang lebih baik,” katanya selepas melancarkan bakeri Kafe Paris Baguette di pusat membeli belah Pavilion hari ini.

Menurutnya, pentadbiran kerajaan perpaduan serta kestabilan politik yang dirasai kini juga boleh menjadi pemangkin kepada syarikat asing untuk membuka perniagaan di negara ini.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Salahuddin berkata, 360 permohonan syarikat asing untuk menjalankan aktiviti perniagaan di Malaysia diluluskan pada 2021 dengan permohonan paling tinggi melibatkan sektor makanan dan minuman (F&B).

Beliau berkata, jumlah modal berbayar terkumpul yang dibawa masuk ke Malaysia oleh syarikat asing pada tahun berkenaan mencatatkan sejumlah RM8.952 bilion.

Dalam pada itu, Salahuddin turut memberitahu, kementeriannya akan menjadikan usaha menangani isu kemiskinan tegar sebagai agenda utama dalam Belanjawan 2023 nanti.

“Usaha itu merupakan satu keutamaan kepada kerajaan perpaduan, selain menjadi agenda nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Kita sasar untuk menyelesaikan isu ini, golongan miskin tegar yang jika mengikut statistik berjumlah hampir 127,000 di seluruh negara. Jadi kumpulan sasar inilah yang kita akan utamakan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.