`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, January 12, 2023

Kumpulan ketua bahagian minta jawatan tertinggi Umno tak dipertandingkan

 

Ketua Umno Wangsa Maju Mohd Shafie Abdullah pada sidang media mendakwa mewakili 140 ketua Umno bahagian menyeru supaya jawatan presiden Umno dan timbalan tidak dipertandingkan.

KUALA LUMPUR: Sekumpulan ketua bahagian Umno menyeru jawatan presiden dan timbalan presiden parti tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Kumpulan tersebut berkata Umno pada saat ini perlu diperkukuhkan menjelang PRN akan datang, dan memohon Presiden Zahid Hamidi mempertimbangkan hal itu.

“Saya telah bertanya kepada kesemua ketua bahagian dan mereka berpandangan kita tidak perlu ada pertandingan peringkat presiden dan timbalan presiden.

“Umno perlu bersatu,” kata kumpulan itu yang diketuai Ketua Umno Wangsa Maju Mohd Shafei Abdullah pada sidang media malam tadi.

Kumpulan itu mendakwa mewakili 140 ketua bahagian, namun yang kelihatan pada sidang media adalah lebih rendah.

Shafie berkata, sebelum ini Zahid tidak membenarkan perihal pemilihan parti untuk dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.

Katanya, hal itu disebabkan presiden Umno itu mahu mendengar pandangan ahli akar umbi.

“Sebab ketua bahagian ini mewakili akar umbi.

“Jadi apabila 140 ketua bahagian memberi pandangan agar tidak dipertandingkan jawatan utama, saya harap presiden boleh mengambil pandangan kita,” kata Shafie.

Semalam, bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin berkata beliau sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk bertanding presiden Umno pada pemilihan parti yang akan datang.

Minggu lalu, Ketua Penerangan Umno, Isham Jalil berkata perebutan dua jawatan teratas Umno tidak dibincangkan dalam mesyuarat MKT

Sebaliknya, beliau berkata, mesyuarat itu memberi tumpuan kepada perhimpunan agung Umno akan datang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.