`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, January 10, 2023

Kuota haji Malaysia kembali kepada 31,600 jemaah, kata menteri

 

Sejumlah 31,600 jemaah haji Malaysia dibenar menunaikan haji tahun ini, berbanding 14,306 jemaah, tahun lalu.

PETALING JAYA: Kuota jemaah haji Malaysia tahun ini dikembalikan seperti sebelum pandemik Covid-19, iaitu 31,600 berbanding 14,306 jemaah, tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar, berkata perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat khas bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Tawfiq Fawzan Al-Rabia.

“Sehubungan dengan itu, saya sukacitanya ingin mengumumkan kuota haji Malaysia yang diterima daripada kerajaan Arab Saudi adalah sebanyak 31,600 orang untuk tahun 1444H/2023M.

“Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya menzahirkan rasa amat bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi atas kuota penuh ini,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, dalam pertemuan itu, Tawfiq memuji Malaysia khususnya Lembaga Tabung Haji (TH) atas pengendalian haji terbaik, sistematik dan tahap layanan jemaah haji yang patut dicontohi.

“Saya telah memberikan penegasan bahawa TH akan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada bakal jemaah haji Malaysia dan akan mematuhi ketetapan daripada kerajaan Arab Saudi,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.