`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, January 4, 2023

NGO gesa SPRM dedah perkembangan siasatan kuari Bukit Lagong

 

Abdul Razak Ismail (kiri) menunjukkan pelan dan gambar kawasan kuari Bukit Lengong di luar Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya hari ini.

PETALING JAYA: Sebuah NGO menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menggesa agensi itu mendedahkan status terkini siasatan terhadap dakwaan kewujudan kartel kuari Hutan Simpan Bukit Lagong, Gombak.

Setiausaha Penaja Parti Hijau Malaysia, Abdul Razak Ismail, berkata gesaan itu susulan aduan pertama difailkan NGO Otai Reformis pada 7 Okt lalu di SPRM Selangor bagi membolehkan siasatan dijalankan.

“Saya dimaklumkan kes ini dipindahkan ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya baru-baru ini dan memorandum hari ini bagi menggesa SPRM mendedahkan perkembangan terkini siasatan,” katanya ketika dihubungi.

Pada Sept lalu, Projek Pendedahan Rimba (RDP) mendedahkan, 27 kawasan di Hutan Simpan Bukit Lagong yang akan diteroka sebagai kuari baharu dan salah satu syarikat adalah GLC kerajaan negeri.

Mengulas mengenai dakwaan itu, Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor, Hee Loy Sian berkata, pelaksanaan pembangunan kuari di Hutan Simpan Bukit Lagong dibuat secara berperingkat mengikut tempoh tertentu bagi mengawal impak alam sekitar selain mengelakkan isu pasaran bahan batuan semasa.

Hee berkata, kelulusan sebanyak 19 kawasan kuari baharu adalah bagi menggantikan kuari lama yang akan tamat tempoh operasinya dalam masa terdekat mulai tahun ini.

Katanya berdasarkan rekod, seluas 28% daripada keseluruhan Hutan Simpan Bukit Lagong dibangunkan bagi tujuan kuari dan kesemua kelulusan diproses mengikut prosedur ditetapkan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.