`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, January 18, 2023

Pahang dedah 29 nama ‘Datuk’, ‘Datuk Seri’ palsu

 

Notis umum dikeluarkan kerajaan Pahang memaklumkan semua nama tersebut tiada dalam senarai penerima darjah kebesaran daripada istana.

PETALING JAYA: Kerajaan negeri Pahang menyenaraikan 29 nama Datuk dan Datuk Seri palsu menerusi notis awam yang dikeluarkan susulan pemalsuan senarai nama penerima pingat daripada Sultan Pahang.

Notis itu menyenaraikan nama individu terbabit yang tiada dalam senarai penerima Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur.

Tindakan itu dibuat susulan kes pemalsuan senarai nama penerima pingat yang membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri, sebelum ini.

Setiausaha kerajaan negeri, Sallehuddin Ishak berkata, pihaknya setakat ini hanya mengeluarkan notis awam berkenaan dan tiada tindakan lain, lapor Berita Harian.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Dalam kes ini, dua bekas kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang telah dihadapkan ke mahkamah 28 Dis lalu, kerana didakwa mengubahsuai kandungan laman sesawang sistem pengurusan darjah kebesaran dan pingat negeri tanpa kebenaran, dua tahun lalu.

Kedua-dua tertuduh lelaki berusia 30 tahun dan 36 tahun itu didakwa tanpa kuasa menggunakan nombor pengenalan mereka untuk memasukkan sejumlah nama individu ke dalam laman sesawang itu sebagai penerima pingat Datuk dan Datuk Seri daripada Sultan Pahang sedangkan individu terbabit tidak disenaraikan untuk menerima anugerah berkenaan.

Kedua-dua tertuduh dibenarkan diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan dan kes terbabit akan disebut semula pada 13 Feb depan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.