`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, January 5, 2023

Pengerusi DAP Melaka umum letak jawatan

 

Bekas ADUN Duyong, Damian Yeo Shen Li berkata, jawatan kuasa negeri menerima perletakan jawatannya sebagai pengerusi DAP Melaka. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Bekas ADUN Duyong, Damian Yeo Shen Li hari ini mengumumkan perletakkan jawatan beliau sebagai Pengerusi DAP Melaka.

Damian berkata keputusan tersebut diambil kerana komitmen kerja sebagai peguam menyukarkan beliau untuk menjalankan peranan sebagai pengerusi DAP Melaka sepenuh masa.

“Saya telah maklumkan kepada jawatankuasa (DAP Melaka) mengenai keputusan saya ini.

“Selepas saya jelaskan mengenai komitmen kerja saya sebagai peguam, mereka menerima dan menghormati keputusan saya,” kata Damian kepada FMT.

Katanya, beliau menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan itu ketika mesyuarat jawatankuasa negeri pada Selasa lalu di ibu pejabat DAP Melaka.

Tambahnya, surat perletakan jawatan akan diserahkan dalam tempoh yang terdekat.

Menurut Damian, beliau beberapa kali menyatakan hasrat untuk meletak jawatan disebabkan faktor yang sama namun ditolak oleh jawatankuasa negeri.

“Kerana faktor kerja, saya beberapa kali tidak dapat hadir ke program-program atas kapasiti sebagai pengerusi DAP Melaka.

“Jadi saya fikir, saya perlu bertanggungjawab dan lepaskan jawatan ini untuk kebaikan parti,” katanya.

Menurut Damian, beliau akan kekal sebagai ahli jawatankuasa DAP Melaka dan Ketua Biro Guaman DAP Melaka.

Mengenai pemilihan pengerusi DAP Melaka yang baru, Damian berkata, perkara tersebut akan dibincangkan pada mesyuarat jawatankuasa DAP Melaka pada minggu hadapan.

Damian dilantik sebagai Pengerusi DAP Melaka bagi menggantikan Tey Kok Kiew yang meletak jawatan susulan kekalahan parti itu dalam pilihan raya negeri pada 2021. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.