`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, January 22, 2023

Wanita jatuh sungai lari serbuan polis

 

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan bersama pihak bomba untuk mencari seorang wanita yang terjatuh ke dalam Sungai Belat di Kuantan ketika melarikan diri dari serbuan polis.

PETALING JAYA: Seorang wanita yang disyaki penagih dadah dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke Sungai Belat ketika cuba lari dari serbuan polis di Jeti Tanjung Punai di Kuantan, Pahang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata kehilangan wanita itu berusia 42 tahun itu dilaporkan anaknya di Balai Polis Kuantan pada tengah hari tadi.

Katanya, berdasarkan keterangan daripada keluarga, wanita itu sering ke lokasi berkenaan untuk mengambil dadah, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, wanita itu dipercayai terjatuh ketika cuba melarikan diri ketika Ops Tapis dijalankan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Katanya, dalam operasi bermula jam 6 petang hingga 8 malam itu, enam individu dipercayai penagih dadah berjaya ditahan.

Wan Mohd Zahari berkata, ketika operasi itu ada saksi nampak wanita itu terjatuh ke dalam sungai.

“Saksi yang juga warga asing itu cuba menyelamatkan mangsa tetapi gagal kerana arus deras,” katanya.

Katanya, satu operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan bersama pihak bomba tetapi mangsa masih gagal ditemui.

“Operasi SAR di tangguhkan kira-kira jam 7 malam ekoran cuaca gelap dan akan disambung pada Ahad,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.