`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, January 22, 2023

Didakwa punca banjir, kerajaan bincang projek PLSB Sungai Golok, kata menteri

 

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kerajaan prihatin dengan kebimbangan dan kesusahan penduduk setiap kali berlakunya banjir akibat pembinaan benteng PLSB itu.

PASIR MAS: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan mengadakan mesyuarat berhubung Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok pada minggu depan di Kuala Lumpur, kata Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata kesemua agensi terlibat termasuk kerajaan negeri akan mengatur tindakan jangka pendek bagi memastikan kebajikan penduduk terpelihara.

“Saya akan beri perhatian terhadap kebimbangan penduduk yang berulang kali mengalami kesusahan selepas banjir berlaku akibat pembinaan benteng PLSB tersebut.

“Sebarang keputusan dalam mesyuarat akan dimaklumkan nanti termasuk berkaitan peruntukan khas sekiranya ada turut dibincang sama,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ahli jawatankuasa bertindak banjir dan mangsa banjir di Kampung Tersang, Rantau Panjang, di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan hampir 100,000 penduduk daripada 62 kampung di Rantau Panjang, di sini kecewa dengan pembinaan projek PLSB Sungai Golok yang dianggap gagal.

Nik Nazmil berkata desakan penduduk yang mahu agar diperbanyakkan pembinaan pintu air pada benteng terbabit juga akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

“Perbincangan ini perlu kerana kita tidak mahu penduduk kampung menjadi mangsa ketika projek ini dalam pembinaan, Insya-Allah akan ada tindakan segera diambil oleh agensi berkaitan kerana kita tidak mahu kejadian banjir berulang,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.