Perkara itu hanya boleh diputuskan oleh majlis presiden PN, kata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hasan.

Takiyuddin yang juga timbalan setiausaha agung PN bagaimanapun mengingatkan bahawa perkara itu hanya boleh diputuskan oleh majlis presiden itu sendiri.
“Sebenarnya secara perlembagaan, presiden-presiden dah jadi ahli majlis presiden cuma nak pinda ‘job scope’ (bidang kerja), jadi akan dibuat pindaan.”
“Tiada masalah. Majlis presiden yang perlu tentukan, bukan orang lain,” kata Takiyuddin pada sidang media di ibu pejabat PAS.
Sebelum ini, Malaysiakini, memetik sumber dalaman Bersatu, melaporkan bahawa suatu persetujuan dicapai dalam pertemuan antara pemimpin PAS dan Bersatu sebelum ini, yang mana Muhyiddin akan diberi peranan sebagai ‘pengerusi majlis presiden’, manakala pemimpin PAS pula akan mengetuai tugas pentadbiran.
Hari ini, Takiyuddin mengumumkan mesyuarat luar biasa majlis tertinggi PN akan bersidang pada Khamis, untuk menentukan kedudukan beliau selaku pengerusi.
Kedudukan Muhyiddin akan bergantung pada sama majoriti 16 anggota MT semasa bersetuju atau tidak dengan peletakan jawatan beliau. - FMT


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.