`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, January 25, 2026

2 keluarga pindah, 4 hektar tanah gambut di Kota Tinggi terbakar

Bomba berkata kediaman keluarga itu hampir dengan lokasi kebakaran hingga terjejas dengan asap tebal.

Anggota bomba memadamkan kebakaran di sekitar Taman Bayu Damai dan Lepau di Kota Tinggi. (Gambar Facebook Aznan Tamin)
PETALING JAYA:
 Dua keluarga terpaksa dipindahkan sementara susulan kebakaran tanah gambut yang merebak berhampiran kediaman mereka di Taman Bayu Damai di Kota Tinggi, Johor semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba Punggai Shahrizan Selamat, berkata keluasan keseluruhan kebakaran tanah gambut di Jalan Sungai Kapal dianggarkan lebih empat hektar, lapor Berita Harian.

Katanya, sehingga kini kira-kira 57% kawasan yang terbakar berjaya dipadamkan.

“Keadaan tiupan angin juga membawa asap tebal ke kawasan perumahan Taman Bayu Damai,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, Adun Tanjung Surat, Aznan Tamin, berkata dua keluarga itu dipindahkan ke Balai Komuniti Teluk Empang kerana jarak rumah terlalu hampir lokasi kebakaran menyebabkan terdedah asap tebal.

Katanya, operasi memadamkan kebakaran itu membabitkan Balai Bomba Punggai, Sebana Cove, Sungai Rengit, Bandar Penawar, CEFS Rapid Pengerang serta Sukarelawan Bomba Sungai Rengit. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.