`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Monday, January 26, 2026

Yayasan Tun Razak terima RM100,000 untuk program pembangunan belia

Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang berkata inisiatif itu selari dengan agenda pembinaan negara bangsa serta perpaduan negara.

aaron ago dagang
Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang bersama peserta Program Kepimpinan Yayasan Tun Razak 2026 selepas merasmikan program itu di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur hari ini. (Gambar Facebook Aaron Ago Dagang)
PETALING JAYA:
 Sebagai usaha membangunkan pemimpin muda dalam kalangan belia, Kementerian Perpaduan Negara menyalurkan peruntukan RM100,000 kepada Yayasan Tun Razak bagi melaksanakan program kepimpinan belia berimpak tinggi.

Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang berkata inisiatif itu selari dengan agenda pembinaan negara bangsa serta perpaduan yang menjadi keutamaan kementerian, selain memperkukuh kualiti kepimpinan generasi muda pada masa depan.

Katanya, peruntukan tersebut disalurkan sebagai usaha membangunkan pemimpin muda dalam kalangan belia menerusi penganjuran program kepimpinan di samping mengambil inspirasi daripada perjuangan dan nilai serta sumbangan perdana menteri kedua Abdul Razak Hussein.

“Program ini antara usaha menyemai semangat perpaduan dan membina generasi pelapis yang berwibawa,” katanya ketika merasmikan Program Kepimpinan Yayasan Tun Razak 2026 di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.

Aaron berkata usaha membina negara bangsa memerlukan pendekatan berterusan, termasuk melalui program pembangunan bakat yang menyatukan belia pelbagai latar belakang.

“Pembinaan negara bangsa bukan kerja sehari dua. Ia mesti dibuat secara berterusan,” katanya.

Dalam ucapannya, Aaron turut menyeru Memorial Tun Razak dihidupkan semula dengan pendekatan lebih segar dan interaktif, bukan sekadar pameran statik, supaya legasi pemimpin itu terus dekat dengan masyarakat khususnya generasi muda.

Sementara itu, Yayasan Tun Razak memaklumkan program kepimpinan anjuran yayasan itu beri tumpuan kepada pengukuhan kepimpinan belia, termasuk pendedahan kepada aspek tadbir urus, wawasan kebangsaan dan kefahaman terhadap sejarah pembinaan negara.

Yayasan itu turut merancang empat inisiatif baharu bagi memperluas impak program berkenaan, antaranya penerbitan dokumentari, buku kepimpinan serta kerjasama dengan Muzium Pahang.

Selain itu, Yayasan Tun Razak merancang penganjuran sebuah program di Universiti Oxford sebagai antara platform memperkenalkan legasi Razak dan peranan Malaysia di peringkat global. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.