`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Monday, January 26, 2026

2 pengasuh ditahan disyaki pukul kanak-kanak tadika di Saujana Putra

Ketua Polis Sungai Buloh, Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata wanita itu ditahan selepas terima lima laporan berkait kejadian itu.

child abuse boy
Ketua Polis Sungai Buloh, Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata dua wanita direman lima hari bagi bantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001. (Gambar Envato Elements)
PETALING JAYA:
 Polis menahan dua pengasuh selepas menerima lima laporan empat kanak-kanak didakwa dipukul di sebuah tadika di Saujana Utama, kata Ketua Polis Sungai Buloh, Mohd Hafiz Muhammad Nor.

Hafiz berkata dua wanita itu ditahan hari ini selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut semalam.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku antara Julai hingga Ogos tahun lalu membabitkan kanak-kanak berusia lima hingga tujuh tahun.

Menurutnya, satu rakaman video sebagai bukti kejadian tersebut turut ditemui.

“Dua wanita yang ditahan kini direman lima hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Seorang lagi individu akan dipanggil untuk diambil keterangan,” katanya dalam kenyataan menurut Berita Harian.

Terdahulu seorang pengguna thread dalam satu hantaran mendakwa anaknya didera di sebuah taska dan turut memberitahu ada video yang menunjukkan kejadian itu.

Pengguna itu turut berkongsi satu video menunjukkan seorang wanita menggasari seorang kanak-kanak perempuan ketika diberi makan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.