`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Tuesday, January 27, 2026

PN dalam dilema apabila Hadi tolak jawatan pengerusi

Penganalisis menjangkakan kebuntuan dalam pemilihan pengerusi baharu selepas Presiden PAS Hadi Awang menolak atas faktor kesihatan.

hadi awang
Keputusan Hadi Awang menolak jawatan pengerusi PN mengundang persoalan bagi PN dan PAS. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
 Perikatan Nasional (PN) berdepan dilema apabila Presiden PAS Hadi Awang menolak jawatan pengerusi gabungan, menurut penganalisis.

Berlatarkan ketegasan PAS yang mahukan jawatan pengerusi susulan kemelut politik di Perlis, dan parti-parti komponen yang mahu jawatan tersebut disandang presiden parti, Mazlan Ali daripada Universiti Teknologi Malaysia menjangkakan kebuntuan dalam pemilihan pengerusi baharu susulan penolakan itu.

“Alasan Hadi menolak jawatan pengerusi PN atas faktor keuzuran fizikal adalah logik kerana peranan itu memerlukan koordinasi antara parti gabungan dan pergerakan yang lebih aktif, termasuk ketika pilihan raya. Namun situasi ini tetap memberi isyarat PN berdepan dilema kepimpinan dan masih buntu mencari pengganti,” katanya kepada FMT.


Selain Hadi, presiden lain dalam hierarki PN termasuk Dominic Lau Hoe Chai (Gerakan) dan Punithan Paramsiven (MIPP), masing-masing selaku timbalan pengerusi.

Majlis tertinggi PN akan bersidang Khamis ini bagi menentukan kedudukan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang meletakkan jawatan pengerusi berkuat kuasa 1 Jan lepas.

Awal minggu lalu, Muhyiddin berkata, beliau lebih daripada bersedia untuk menyerahkan jawatan pengerusi PN kepada PAS, namun menegaskan pendirian Bersatu bahawa pengerusi PN seterusnya haruslah presiden parti. Hadi dikatakan menolak memegang jawatan itu sendiri atas faktor kesihatan.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berpandangan PAS turut terpalit kerana ia menimbulkan persoalan mengenai keupayaan Hadi menerajui parti.

“Bila Hadi mengatakan beliau tidak mampu kerana masalah kesihatan, maka ramai yang mengatakan sebenarnya presiden PAS itu sudah tidak boleh menerajui PAS,” katanya.

“Kalau Hadi menolak jawatan pengerusi PN, timbul persoalan mengapakah beliau masih memegang jawatan presiden yang seharusnya membawa PAS ke arah yang lebih baik menjelang PRU16.”

Tawfik Yaakub dari Universiti Malaya percaya pengkritik akan menggunakan keadaan kesihatan Hadi, selain kehadiran beliau ke Parlimen, untuk mendorong PAS melakukan penilaian semula terhadap kepimpinan tertinggi parti.

Pada masa sama, beliau percaya PAS mempunyai perancangan tersendiri apabila Hadi menolak jawatan tersebut.

“PAS mempunyai strategi politik dari awal, memang mereka berhasrat nak meletakkan Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai pengerusi PN,” katanya, merujuk kepada naib presiden PAS yang juga menteri besar Terengganu.

Menurut sumber dalam parti-parti PN, Samsuri antara nama yang diajukan untuk jawatan tersebut. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.