`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Sunday, May 17, 2026

Adun Bersatu label Umno hipokrit sertai Himpunan Daulat Tuanku

 Adun Taman Medan cabar Umno Selangor keluar kerajaan negeri jika benar mahu mempertahankan rakyat dan institusi diraja.

Adun Taman Medan Dr Afif Bahardin mengkritik pendirian Umno Selangor susulan penyertaan parti itu dalam Himpunan Daulat Tuanku hari ini. (Gambar Facebook)
SHAH ALAM:
Seorang Adun Bersatu melabel Umno hipokrit kerana pemimpinnya di Selangor menyertai Himpunan Daulat Tuanku hari ini.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Afif Bahardin, berkata Umno Selangor sepatutnya keluar daripada kerajaan negeri jika benar mahu mempertahankan isu melibatkan rakyat dan institusi diraja.

“Saya nak tanya Adun Umno ini, pimpinan Umno berhimpun depan SUK (bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri), dalam Dewan tak berani pertahan.

“Kalau betul ‘anak jantan’ Umno Selangor umum sahaja keluar daripada kerajaan negeri hari ini,” katanya ketika berucap dalam program rapat rakyat Selangor anjuran Bersatu Shah Alam.

Beliau turut mendakwa, Umno Selangor hanya menyokong kerajaan dalam DUN demi kepentingan tertentu.

“Jangan dalam Dewan kau sokong kerajaan sebab nak dapat peruntukan, nak dapat jawatan. Dekat luar kau tunjuk kononnya kau nak memperjuangkan hak rakyat. Jangan jadi munafik,” katanya.

Umno memiliki dua Adun di Selangor iaitu Rizam Ismail (Sungai Air Tawar) yang juga exco kemajuan desa, perpaduan dan pengguna serta Johan Abd Aziz (Dusun Tua).

Petang tadi, kira-kira 5,000 menyertai Himpunan Daulat Tuanku di pekarangan bangunan SUK anjuran Pemuda PAS Selangor.

Pemimpin Umno yang hadir adalah Ketua Umno Selangor Megat Zulkarnain Omardin dan Ketua Pemuda Umno negeri Mohd Imran Tamrin.

Himpunan itu diadakan bagi menzahirkan kesetiaan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah serta mempertahankan institusi diraja, agama Islam dan kepentingan Melayu di negeri itu.

Ia susulan kontroversi membabitkan cadangan penternakan babi moden dibangkitkan Adun Seri Kembangan daripada DAP Wong Siew Ki ketika sidang DUN. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.