`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Sunday, May 17, 2026

Situasi politik N Sembilan, Johor: Ahli Parlimen PH sangsi kestabilan kerajaan perpaduan

 Ahli Parlimen Pulai berkata parti kerajaan perpaduan mula bergerak sebagai pesaing merujuk BN Johor solo pada PRN dan penarikan sokongan Adun Umno terhadap menteri besar PH.

Suhaizan Kayat kaiat
Ahli Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat berkata bagaimana bentuk kempen apabila perdana menteri daripada PH dan timbalan perdana menteri daripada BN turun berkempen pada PRN Johor.
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat mendesak pimpinan Pakatan Harapan (PH) memberikan hala tuju dan pendirian lebih jelas berhubung strategi menuju PRN dan PRU, susulan pendirian Barisan Nasional (BN) bertanding solo pada PRN Johor.

Katanya, persoalan besar juga perlu dijawab mengenai bagaimana kerajaan perpaduan dapat terus berfungsi dengan stabil apabila parti komponen mula bergerak sebagai pesaing secara terbuka di peringkat negeri dan nasional.

Beliau turut merujuk krisis di Negeri Sembilan selepas 14 Adun Umno menarik sokongan terhadap Menteri Besar Aminuddin Harun daripada PH.

“Rakyat juga pastinya ingin melihat bagaimana bentuk kempen yang akan berlangsung apabila perdana menteri daripada PH dan timbalan perdana menteri daripada BN berada dalam satu kerajaan persekutuan, tetapi berkempen sebagai lawan dalam PRN Johor.

“Keadaan di Sabah mungkin berbeza kerana budaya politik negeri tersebut sejak dahulu memperlihatkan hubungan berbeza antara kerajaan negeri dan persekutuan. Namun, budaya politik sedemikian bukan kebiasaan di Johor dan memerlukan penjelasan yang lebih tersusun kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Suhaizan yang juga naib ketua Amanah Johor berpandangan, pilihan raya secara serentak melibatkan PRN dan PRU wajar dipertimbangkan jika senario pertandingan tiga penjuru benar-benar berlaku.

Katanya, rakyat mahukan kejelasan, kestabilan dan kejujuran politik.

Terdahulu, Pengerusi BN Johor Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pihaknya bergerak solo pada PRN selepas mengambil kira suara dan harapan rakyat negeri itu serta kepimpinan akar umbi.

Pada PRN Johor lalu, BN membentuk kerajaan negeri apabila menang 40 daripada 56 DUN.

PH pula menang 12 kerusi dengan 10 diperoleh DAP, selain PKR dan Amanah masing-masing satu kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) menang tiga, dan Muda satu.

Penggal DUN Johor akan berakhir pada April 2027. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.