`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Tuesday, May 5, 2026

Pemandu van persiaran kemalangan bawa pelancong India direman 7 hari

 Ia bagi bantu siasatan ikut Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Keadaan van persiaran selepas terbabas dan terbalik di KM212 Lebuhraya Utara-Selatan di Alor Gajah pagi tadi. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
 Seorang pemandu van persiaran yang positif dadah selepas terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan lapan pelancong India cedera di Alor Gajah semalam direman tujuh hari.

Perintah reman terhadap suspek berusia 55 tahun itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Alor Gajah, Kamarul Aris Kamalluddin bagi membantu siasatan kes tersebut, lapor Berita Harian.

Lelaki itu direman hingga 11 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semalam, media melaporkan seorang pemandu van persiaran ditahan selepas disyaki memandu di bawah pengaruh dadah hingga terbabas di bahu jalan di KM212 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan.

Kejadian kira-kira 10.30 pagi itu berlaku ketika van berkenaan membawa lapan pelancong warga India dari Kuala Lumpur menuju Melaka, menyebabkan tiga daripada mereka cedera ringan.

Ketua Polis Alor Gajah, Ahmad Abubakar berkata, pemandu van berusia 55 tahun itu tidak mengalami kecederaan, namun ujian saringan awal air kencing mendapati ia positif dadah jenis methamphetamine. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.