Kenderaan itu dinaiki tujuh individu itu hilang kawalan sebelum rempuh belakang sebuah trak pikap lalu terbabas ke bahu jalan.

Dalam kejadian sekitar 10.24 pagi tadi, seorang daripada mangsa meninggal dunia di lokasi, manakala seorang lagi warga asing disahkan meninggal dunia di Hospital Gua Musang.
Ketua Polis Gua Musang Sik Choon Foo, berkata anggota polis pada awalnya mengesan sebuah SUV jenis Proton X70 dipandu mencurigakan, sebelum kenderaan itu berpatah balik dan bergerak menghala ke Bandar Gua Musang.
“Anggota polis kemudian mengekori SUV itu untuk menjalankan pemeriksaan. Ketika tiba di lokasi kejadian, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh bahagian sisi belakang sebuah trak pikap Toyota Hilux.
“Keadaan itu menyebabkan SUV berkenaan terbabas ke bahu jalan dan merempuh sebatang tiang lampu,” katanya kepada Kosmo.
Katanya, pemandu Proton X70 itu parah di bahagian kepala dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti tujuh individu yang terlibat dalam nahas tersebut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 186 Kanun Keseksaan selain Seksyen 55E, dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.