`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 




25 Ogos 2026

Wednesday, August 26, 2026

Pengguna FB mohon maaf kepada Hamzah berkait hantaran RCI TH

 Mohd Nizam Abdul Jabar mengakui hantaran berkenaan dibuat berdasarkan maklumat yang tidak mendapat pengesahan sewajarnya.

HAMZAH ZAINUDIN
Mohd Nizam Abdul Jabar telah memadam hantaran yang boleh menimbulkan fitnah terhadap Hamzah Zainudin.
PETALING JAYA:
Seorang pengguna Facebook memohon maaf kepada Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin berhubung hantaran berkaitan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji yang diakuinya dibuat berdasarkan maklumat tanpa pengesahan sewajarnya.

Mohd Nizam Abdul Jabar, pemilik akaun Facebook Nizam Jabar, berkata permohonan maaf itu dibuat selepas menerima surat tuntutan (LOD) daripada Tetuan Siddiq Azani & Co yang mewakili Hamzah awal pagi tadi.

Menurutnya, LOD berkenaan antara lain menuntut beliau memadam hantaran tersebut dan membuat permohonan maaf kepada Hamzah.

“Saya mohon maaf kepada Hamzah berhubung posting yang telah saya padam sebelum ini yang mengandungi kenyataan yang boleh menimbulkan fitnah dan salah faham terhadap beliau,” katanya dalam kenyataan dikongsi Hamzah di Facebook.

Nizam menjelaskan hantaran itu dibuat berdasarkan kenyataan daripada akaun media sosial lain, namun mengakui beliau tetap bertanggungjawab terhadap kandungan yang ditulis dan disiarkan.

Beliau turut mengakui maklumat berkenaan tidak mendapat pengesahan sewajarnya serta menegaskan tidak berniat menjatuhkan maruah, nama baik atau kredibiliti sesiapa.

Katanya, permohonan maaf itu dibuat dengan ikhlas dan atas rasa hormat terhadap proses perundangan, selain tidak mahu membuat sebarang kesimpulan yang boleh mendahului proses berkenaan.

Nizam, yang menjelaskan dirinya bukan ahli mana-mana parti politik termasuk Bersatu, turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terkesan atau tersinggung dengan hantaran tersebut.

Hamzah ketika berkongsi kenyataan itu menyifatkan hantaran terdahulu berkenaan sebagai kenyataan fitnah berkaitan RCI Tabung Haji. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.