Polis berkata sebuah Perodua Alza biru merempuh salah seorang suspek sehingga maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Shah Alam Sarudin Samah berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang melibatkan sekumpulan lelaki, dengan insiden tetakan turut berlaku ketika pergaduhan itu.
“Sebuah kenderaan jenis Perodua Alza berwarna biru telah melanggar salah seorang daripada suspek sehingga menyebabkan kematian di tempat kejadian” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, seorang lelaki telah ditahan untuk membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara antara 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan sebatan sekurang-kurangnya 12 kali,” katanya.
Sarudin meminta individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi pegawai penyiasat, Shamsiah Noor Zakaria, atau balai polis berhampiran. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.