Tiga lagi mangsa cedera dibawa ke Hospital Kunak untuk rawatan susulan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kunak, Mohamad Omarbatha, berkata berdasarkan maklumat, nahas itu membabitkan sebuah Perodua Viva yang terbabas sendiri.
“Enam mangsa berada di luar kenderaan, dipercayai tercampak keluar dan tiada mangsa tersepit.
“Tiga mangsa yang merupakan nenek, menantu dan cucu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan, manakala tiga lagi cedera,” katanya menurut Sinar Harian.
Jelasnya, mangsa cedera dibawa ke Hospital Kunak untuk rawatan susulan.
Identiti semua mangsa belum dikenal pasti.
Sementara itu, Ketua Polis Kunak, Rejali Angong, berkata Perodua Viva itu terbabas di KM7 Jalan Kunak-Semporna pada 6.03 petang tadi.
“Dalam kejadian itu, kenderaan tersebut dipandu seorang lelaki tempatan bersama lima ahli keluarganya, iaitu dua dewasa dan tiga kanak-kanak.
“Difahamkan, semua mangsa dalam perjalanan dari Kalabakan menuju rumah mereka di Kampung Sungai Langgas, Kunak dan sebaik tiba di lokasi, kenderaan hilang kawalan lalu terbabas.”
Beliau berkata, pemandu dan dua penumpang meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Seorang penumpang mengalami kecederaan parah dan dua lagi penumpang mengalami kecederaan ringan,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau meminta saksi nahas itu menghubungi pegawai penyiasat Mansor Suhara di talian 013-5975643 untuk membantu siasatan. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.