`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 




25 Ogos 2026

Monday, August 24, 2026

20 ditahan berkait ‘love scam’ sasar mangsa China

 Semua suspek lelaki berusia 19 hingga 41 tahun ditahan dalam serbuan di Batu Feringghi.

handcuff
Semua suspek direman empat hari untuk siasatan lanjut.
PETALING JAYA:
Polis menahan 20 warga asing disyaki terlibat sindiket penipuan cinta (love scam) dalam talian susulan serbuan di sebuah rumah di Batu Ferringhi, Pulau Pinang, semalam.

Ketua Polis Timur Laut, Abdul Rozak Muhammad, berkata semua suspek lelaki berusia 19 hingga 41 tahun ditahan dalam serbuan di inap desa tersebut pada 7.05 malam oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Timur Laut bersama anggota Balai Polis Batu Ferringhi.

Katanya, siasatan awal mendapati sindiket menyasarkan mangsa dari China dengan menggunakan aplikasi Telegram bagi urusan penipuan dalam talian.

“Polis turut merampas beberapa barangan, antaranya telefon bimbit, komputer riba, buku nota dan peralatan telekomunikasi bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Beliau berkata, suspek direman empat hari mulai hari ini hingga 27 Ogos untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420/120B Kanun Keseksaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.