`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 




25 Ogos 2026

Monday, August 24, 2026

Pembelajaran fleksibel bentuk semula kerjaya profesional

 Eugene Kong berkongsi bagaimana MBA (100% Dalam Talian) Taylor's beri kelebihan strategik untuknya menubuhkan syarikat sendiri tanpa menangguhkan kerjaya.

Eugene Kong mengakui program MBA (100% Dalam Talian) Taylor’s bantu luaskan perspektifnya melangkaui bidang pemasaran serta beri keyakinan untuk menubuhkan syarikat produksi kreatif sendiri. (Gambar Taylor’s University)
PETALING JAYA:
Ketika mendaftar program Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (100% Dalam Talian) di Taylor’s University, Eugene Kong Ren Juin, bekerja sepenuh masa di sebuah agensi pengiklanan global, menguruskan prestasi pemasaran digital pelanggan serta merancang strategi pengoptimuman untuk memaksimumkan keterlihatan dan capaian jenama.

Menjelang pengakhiran modul pembelajarannya pada April tahun ini, beliau menceburi bidang keusahawanan, dengan menubuhkan syarikat produksi kreatif sendiri yang menawarkan perkhidmatan fotografi, videografi dan penghasilan kandungan merentasi pelbagai industri.

Peralihan itu mencerminkan lebih daripada sekadar perubahan jawatan. Ia adalah perubahan yang bermakna dalam cara Kong mendekati perniagaan itu sendiri.

“Sebelum mengikuti MBA, saya sememangnya cenderung melihat kebanyakan masalah dari sudut pemasaran.

“Sepanjang program ini, saya belajar untuk mempertimbangkan aspek kewangan, cabaran operasi, kepentingan pihak berkepentingan dan kesan jangka panjang terhadap perniagaan sebelum membuat sebarang cadangan,” katanya.

Perspektif yang lebih luas ini merupakan teras kepada apa yang direka bentuk untuk disampaikan oleh program MBA (100% Dalam Talian).

Berfikir melangkaui skop tugasan

Diiktiraf sebagai program MBA No. 1 di Malaysia dan antara 20 terbaik di Asia dalam QS Global MBA Rankings 2026, program ini ditawarkan melalui Taylor’s Business School, salah satu daripada lima universiti swasta di Malaysia yang mendapat akreditasi Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB).

Akreditasi berprestij ini hanya dimiliki oleh 6% sekolah perniagaan di seluruh dunia.

Taylor’s Lakeside Campus menempatkan Taylor’s Business School yang menawarkan program MBA (100% Dalam Talian) bagi golongan profesional yang ingin melanjutkan pengajian sambil meneruskan kerjaya. (Gambar Taylor’s University)

Bagi Kong, perubahan paling ketara diperoleh menerusi kajian kes berkaitan pengurusan pelanggan, peruntukan sumber dan pembuatan keputusan dalam keadaan ketidakpastian, yang membantunya melihat perniagaan dari perspektif lebih luas berbanding sekadar pelaksanaan kempen.

“Berbanding hanya menumpukan pada penghasilan kreatif, saya kini lebih banyak memikirkan strategi perniagaan, hubungan pelanggan, kemampanan kewangan dan pertumbuhan jangka panjang.

“Apabila bekerja dengan pelanggan, saya sentiasa bermula dengan memahami objektif perniagaan mereka sebelum mencadangkan penyelesaian kreatif,” katanya.

Pendekatan progresif program itu terhadap kecerdasan buatan turut terbukti bermanfaat. Taylor’s menggalakkan pelajar menggunakan AI secara bertanggungjawab untuk meningkatkan produktiviti dan penyelidikan, sambil terus menekankan pemikiran kritis — pendekatan yang kini diamalkan oleh Kong dalam syarikatnya sendiri.

Belajar tanpa kompromi

Direka untuk golongan profesional yang bekerja, program ini ditawarkan sepenuhnya secara dalam talian dan ‘asynchronous’, dengan struktur satu modul bagi setiap lapan minggu.Pengajian disampaikan menerusi pendekatan nano-pembelajaran dan disokong ekosistem digital merangkumi e-perpustakaan, sokongan pembelajaran, serta akses kepada perkhidmatan akademik dan kerjaya.

Bagi Kong, mengimbangi tarikh akhir tugasan di agensi dengan penyerahan tugasan akademik memerlukan disiplin, namun struktur program itu menjadikannya lebih mudah diurus.

“Program dijalankan sepenuhnya dalam talian membolehkan saya terus mengembangkan kerjaya tanpa perlu menangguhkannya. Ia memberi saya fleksibiliti untuk belajar tanpa menjejaskan komitmen profesional,” katanya.

Kuliah mingguan, perbincangan interaktif dan tugasan berkumpulan bersama golongan profesional daripada sektor penjagaan kesihatan, kewangan, pembuatan dan teknologi menjadikan proses pembelajaran lebih kolaboratif, selain mendedahkan Kong kepada pelbagai perspektif di luar bidang industrinya sendiri.

Kini, beliau lebih yakin dalam membuat keputusan strategik, berkomunikasi dengan pihak berkepentingan serta melihat sesuatu perbincangan dari perspektif perniagaan yang lebih luas.

“Memulakan dan menguruskan perniagaan sememangnya penuh dengan ketidaktentuan. Namun, program ini beri saya asas lebih kukuh untuk menghadapi cabaran itu, berfikir secara strategik dan membuat keputusan yang lebih tepat berdasarkan maklumat sedia ada ,” katanya.

Pengalaman Kong menunjukkan bagaimana pendidikan pascasiswazah yang direka khas untuk golongan profesional mampu menawarkan lebih daripada sekadar kelayakan akademik — ia juga boleh membentuk cara graduan berfikir, memimpin dan membina masa depan.

Ketahui lebih lanjut mengenai program Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (100% Dalam Talian) Taylor’s University di sini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.