Ia bagi membantu siasatan berhubung hantaran berunsur hasutan dan penghinaan terhadap institusi raja, kerajaan dan agensi keselamatan.

Ketua Polis Kemaman, Razi Rosli, berkata lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di Damansara Damai, Petaling Jaya pada Rabu lepas.
Polis turut merampas telefon bimbit dan dua kad SIM yang dipercayai digunakan dalam kes itu bagi tujuan siasatan.
“Barang-barang kes telah diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk analisis forensik digital,” katanya dalam kenyataan.
Lelaki itu direman sehingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Pada 15 Ogos lepas, media melaporkan polis sedang menyiasat pemilik akaun Facebook ‘Ahmad Mu’min’ berhubung hantaran yang mempunyai unsur hasutan dan penghinaan terhadap institusi raja, kerajaan dan agensi berkenaan. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.