`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 




25 Ogos 2026

Sunday, August 23, 2026

Anggota APM maut dipatuk tedung selar ketika demonstrasi

 Muhamad Muazam Shah Kamardin menghembuskan nafas terakhir 1.50 pagi tadi ketika dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

Anggota APM melakukan demonstrasi pengendalian ular pada Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat di Temerloh. (Gambar APM)
PETALING JAYA:
Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Temerloh yang dipatuk ular tedung selar ketika melakukan demonstrasi pengendalian reptilia itu semalam, disahkan meninggal dunia awal pagi ini.

Muhamad Muazam Shah Kamardin, 39, menghembuskan nafas terakhir pada 1.50 pagi ketika dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh.

Pengarah APM Pahang, Che Adam A Rahman, berkata jenazah akan diuruskan dan disembahyangkan di Masjid Kampung Bukit Kelulut sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bukit Kelulut, pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira 10.50 pagi semalam, Muazam Shah dipatuk reptilia itu pada jari tengah tangan kanan ketika melakukan demonstrasi pengendalian ular di Dewan Taman Temerloh Jaya, lapor Berita Harian.

Ketika kejadian, APM Temerloh dijemput menyertai program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat dengan mengadakan demonstrasi pengendalian ular kepada peserta.

Che Adam berkata, selepas dipatuk anggota itu keluar dari dewan untuk mencuci tangannya sebelum tiba-tiba pitam.

Mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Kecemasan HoSHAS untuk mendapatkan rawatan lanjut dan ditempatkan di zon merah bawah pemantauan doktor.

Keadaannya terus dipantau sebelum disahkan meninggal dunia. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.