`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 




25 Ogos 2026

Sunday, August 23, 2026

Belanjawan 2027: JKM mohon naik kadar bantuan penjaga pesakit terlantar

 Jabatan Kebajikan Masyarakat turut kemuka permohonan peruntukan untuk memperkukuh usaha menyantuni golongan kurang bernasib baik.

pesakit generic
Ketika ini penjaga pesakit terlantar menerima bantuan RM500 sebulan. (Gambar Freepik)
PUTRAJAYA:
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kewangan supaya kadar bantuan bulanan kepada penjaga pesakit terlantar dinaikkan dalam Belanjawan 2027.

Ketua Pengarah, Che Murad Sayang Ramjan, berkata ketika ini penjaga pesakit terlantar menerima bantuan RM500 sebulan, namun terdapat permohonan supaya kadar itu ditambah bagi meringankan beban menjaga pesakit.

“Kalau sekarang mereka dapat RM500 sebulan untuk menjaga pesakit-pesakit terlantar misalnya, mereka minta tambahan. Dan ini kita cuba bawa kepada kerajaan dan mudah-mudahan kerajaan akan pertimbangkan perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama dan RTM, selepas merasmikan Konvensyen Sukarelawan JKM 2026, di sini, semalam.

Che Murad berkata, JKM turut mengemukakan permohonan peruntukan untuk memperkukuh usaha menyantuni golongan kurang bernasib baik dalam masyarakat.

“Kita sedar kekangan-kekangan peruntukan kerajaan, tapi kita merasakan bahawa perkara itu penting untuk kita menyantuni golongan-golongan yang saya sebut kurang bernasib baik dalam masyarakat kita,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata sukarelawan JKM memainkan peranan penting, untuk bukan sahaja membantu jabatan itu ketika berlaku bencana, malah menjadi ‘mata dan telinga’ kerajaan dalam mengenal pasti keperluan serta cabaran yang dihadapi masyarakat.

Beliau berkata, maklumat disalurkan sukarelawan di lapangan, membantu JKM mengenal pasti keperluan dalam merangka dasar dasar dan melaksanakan program kebajikan.

Che Murad berkata, sehingga Julai 2026 sebanyak 7,294 sukarelawan JKM berdaftar terdiri 2,008 lelaki dan 5,286 wanita yang majoritinya berusia dalam lingkungan 40 hingga 60 tahun.

“Mereka inilah yang turut sama dengan JKM menjadi antara penggerak penting. Sebab kalau kita nak mengharapkan segala-galanya pergi kepada agensi kerajaan semata-mata, tentulah kita tidak mampu.

“Kebanyakan mereka ini membuat kerja-kerja ini tanpa ada imbuhan-imbuhanpun dan mereka ini sentiasa bersedia apa jua keadaan yang berlaku dalam masyarakat,” katanya.

Konvensyen Sukarelawan JKM Tahun 2026 merupakan platform perkongsian ilmu dan pengalaman penglibatan agensi berkaitan serta badan bukan kerajaan kepada sukarelawan, untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan sasar.

Pada majlis tersebut, Che Murad menyampaikan pengiktirafan kepada penerima Anugerah Sukarelawan JKM Cemerlang dan lkon Inspirasi Masyarakat Peringkat Kebangsaan, serta Anugerah Sukarelawan JKM Terbaik dan Ikon Inspirasi Masyarakat Peringkat Negeri, sebagai tanda penghargaan atas komitmen pengorbanan dan khidmat bakti yang telah mereka curahkan kepada masyarakat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.