`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 




25 Ogos 2026

Wednesday, August 26, 2026

Bapa, anak maut terperangkap rumah terbakar

 Bomba berkata mangsa berusia 40 tahun dan anaknya sembilan tahun dipercayai terperangkap di tingkat atas rumah dua tingkat.

kebakaran
Kebakaran di sebuah rumah dua tingkat di Kampung Tok Jembal di Kuala Nerus, Terengganu awal pagi tadi menyebabkan dua beranak maut. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang bapa dan anak lelakinya yang berusia sembilan tahun maut selepas terperangkap dalam kebakaran di rumah mereka di Kampung Tok Jembal di Kuala Nerus, Terengganu awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 40 tahun dan anaknya dipercayai terperangkap di tingkat atas rumah dua tingkat berkenaan, lapor Berita Harian.

Ketua Balai Bomba Kuala Nerus, Azmi Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.49 pagi sebelum jentera tiba di lokasi kira-kira sembilan minit kemudian.

“Setibanya di lokasi didapati sebuah rumah jenis separuh kekal dua tingkat terbakar 70%.

“Maklumat awal mendapati terdapat dua mangsa terperangkap di dalam rumah iaitu lelaki dewasa dan kanak-kanak lelaki, manakala seorang wanita dewasa berjaya keluar menyelamatkan diri,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Anggota bomba dilaporkan menggunakan kerangka besi dan tangga untuk mengeluarkan mayat mangsa selepas tangga dalam rumah berkenaan musnah dalam kebakaran itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.