`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 




25 Ogos 2026

Wednesday, August 26, 2026

Bersatu perlu gabungan depani PRN Melaka, kata Peja

 Naib presiden berkata tanpa gabungan sukar Bersatu bergerak sendirian.

Ahmad Faizal Azumu
Naib Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu, berkata kedudukan parti perlu diperkukuhkan sambil menyifatkan PN semakin ‘melupakan’ partinya.
PETALING JAYA:
Naib Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu mengakui partinya memerlukan gabungan bagi berdepan pilihan raya terutama pada PRN Melaka.

Katanya, kedudukan parti perlu diperkukuhkan sambil menyifatkan Perikatan Nasional (PN) semakin ‘melupakan’ Bersatu.

“Secara umum, kita perlu ada gabungan. Tanpa gabungan, memang susahlah kita hendak bergerak sendirian.

“Kerana kekuatan bahagian-bahagian di Melaka itu sendiri belum cukup untuk kami bergerak sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Namun, Ahmad Faizal enggan mengulas sama ada gabungan dimaksudkan itu bersama PN atau sebaliknya.

“Rasanya, PN semakin melupakan kami. Kami ini orang baik, kami tidak lupakan orang,” katanya.

Mengenai penggunaan lambang bunga raya pada PRN akan datang, beliau berkata, perkara itu masih belum diputuskan kepimpinan parti.

“Belum ada keputusan daripada pimpinan parti. Kita akan tetapkan nanti. Buat masa ini, kami masih menilai kekuatan di semua kawasan dan saya sendiri telah turun membuat audit atau naziran ke semua bahagian di seluruh negeri Melaka.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.