Melalui pertandingan antarabangsa inisiatif diterajui pelajar dan pembelajaran berasaskan pengalaman, Taylor's University menyediakan bakal jurutera yang sedia berinovasi, bekerjasama dan mencipta impak berkekalan.

Penerima Biasiswa Komuniti dan pelajar tahun kedua Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian itu bekerjasama dengan pakar klinikal, penyelidik dan jurutera dari seluruh dunia untuk membangunkan prototaip penjagaan kesihatan bagi pengesanan awal sindrom kompartmen.
Projek itu kini dalam proses permohonan paten, manakala Muthuraman terus menyumbang sebagai Jurutera Pembelajaran Mendalam pasukan tersebut.
Selepas mendalami pembelajaran mesin secara kendiri sejak berusia 12 tahun, Muthuraman memilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan mekanikal selepas membuat pertimbangan teliti.
“Ini satu-satunya bidang yang memerlukan komitmen penuh tanpa jalan pintas,dan membolehkan perisian ciptaan saya memberi impak nyata di dunia fizikal.
“Fokus utama saya — seperti alat bantuan dan perkakasan perubatan kos rendah — memerlukan penyelesaian fizikal, bukan sekadar di skrin,” katanya.
Usahanya turut membawanya ke Yale Innovation Summit 2026, apabila tiga inovasi penjagaan kesihatan disumbangkannya terpilih bagi pembentangan dalam trek ‘Health’.

Muthuraman terus menyumbang kepada inovasi penjagaan kesihatan melalui kerjasama pelbagai disiplin dalam bidang seperti saringan endometriosis, pemulihan strok dan tafsiran perubatan berkuasa AI.
“Hackathon menguji peserta dalam tempoh yang singkat, di bawah tekanan masa yang ketat dan penilaian juri secara langsung, bukannya sekadar pembentangan slaid.
Setiap pertandingan adalah satu peluang,” katanya.
Kejuruteraan melangkaui bilik kuliah

Menurut Pengarah Program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian, Choo Hui Leng, perjalanan Muthuraman bukan sahaja mencerminkan rasa ingin tahu dan ketekunannya, tetapi juga peluang pembelajaran berasaskan pengalaman diterapkan sepanjang program itu.
“Pelajar bukan sekadar mempelajari konsep di bilik kuliah. Mereka mengaplikasikannya menerusi projek pelbagai disiplin, pertandingan, latihan industri dan inisiatif praktikal,” katanya.
Pendekatan sama turut diterapkan di seluruh Pusat Pengajian Kejuruteraan di Taylor’s University. Sebagai pusat pengajian kejuruteraan pertama di Asia Tenggara yang menggunakan rangka kerja Conceive–Design–Implement–Operate (CDIO), pelajar dibimbing untuk mereka bentuk, membina, menguji dan mengaplikasikan penyelesaian kepada cabaran dunia sebenar.
Dibina untuk bersaing
Falsafah pusat pengajian itu dapat dilihat menerusi inisiatif seperti Taylor’s Racing Team, yang membolehkan pelajar mereka bentuk, menghasilkan dan menguji kenderaan berkonsepkan Formula dalam persekitaran projek dunia nyata.
Selain reka bentuk kejuruteraan, pelajar turut memperoleh pengalaman dalam perolehan penajaan, penglibatan pihak berkepentingan dan pengurusan projek, mencerminkan kerjasama dalam persekitaran kejuruteraan profesional.

Pusat pengajian kejuruteraan itu tersenarai antara 400 terbaik dunia bagi kategori Kejuruteraan dan Teknologi serta Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, dan antara 450 terbaik bagi Kejuruteraan Mekanikal dalam QS World University Rankings by Subject 2026.
Program itu diiktiraf oleh Lembaga Jurutera Malaysia dan Majlis Akreditasi Kejuruteraan, sekali gus memastikan graduan memenuhi piawaian profesional.
Pusat pengajian itu turut menawarkan program Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Mekatronik, serta Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, dengan peluang pengajian luar negara menerusi universiti rakan kongsi di United Kingdom dan Australia.
Ketahui lebih lanjut mengenai Pusat Pengajian Kejuruteraan Taylor’s University [di sini]. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.