`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 




25 Ogos 2026

Thursday, August 27, 2026

Tunku Besar Tampin santuni 50 asnaf sempena Maulidur Rasul

 Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus al-Qadri bertitah agar menyemarak perkongsian rezeki.

Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus al-Qadri ditemani isteri, Cik Puan Isteri Anis Sobari menyampaikan bakul makanan dan wang tunai, di pekarangan Surau al- Khusyu’, Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin.
PETALING JAYA:
Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus al-Qadri berkenan menyampaikan sumbangan bakul makanan dan wang tunai kepada 50 penerima asnaf di daerah Tampin sempena Maulidur Rasul.

Program bertemakan ‘Bersama Menghidupkan Sunnah, Menyemai Cinta Rasulullah’ itu berlangsung di pekarangan Surau al-Khusyu’, Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin, sebagai usaha menyemarakkan semangat kebersamaan serta menghidupkan nilai murni kehidupan Rasulullah.

Inisiatif kebajikan itu turut mendapat sokongan Yayasan VFive Group yang bersama menjayakan penyampaian sumbangan bakul makanan dan sumbangan wang tunai oleh Teraju Construction Sdn Bhd, serta Asri Ahmad Akademi, sebuah institusi yang memberi tumpuan kepada pendidikan dan ilmu berkaitan pelaburan saham.

“Sumbangan berkenaan bukan sahaja bertujuan meringankan beban penerima, malah menjadi manifestasi tanggungjawab sosial pihak korporat dan badan kebajikan dalam berkongsi rezeki dengan masyarakat, khususnya golongan asnaf yang memerlukan perhatian serta sokongan berterusan,” titah baginda.

Che Puan Isteri, Anis Sobari, turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada penerima. Yayasan VFive Group diwakili Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Bahagian Media, Pengiklanan dan Perkhidmatan VFive Group, Amir Junaidi Amerrudin.

Hadir sama, Pengasas dan Pengarah Urusan Teraju Construction Sdn Bhd, Fakhrul Nazhi Hanaffi, dan Pengasas Ahmad Asri Akademi, Mohd Asri Ahmad. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.