`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, December 28, 2017

Dr Mahathir sindir laungan Umno ‘kerana Allah’

Beliau mencabar Annuar Musa menjunjung Al-Quran menyatakan semua yang dilakukan Umno adalah demi Allah.
VIDEO INSIDE
mahathir-umnoPETALING JAYA: Sebuah klip video yang menunjukkan sekumpulan penyokong Umno di Kelantan melaungkan “Umno lillahi taala” (Umno kerana Allah) menerima sindiran tajam Tun Dr Mahathir Mohamad.
Video ringkas itu menunjukkan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berucap kepada sekumpulan ahli Umno di Ketereh, di mana beliau merupakan ketua cawangan Umno dan juga ahli Parlimen, sambil berkata Umno adalah parti “lillahi taala”.
Annuar kemudian mengajak orang ramai bangun untuk melaungkan “lillahi taala” selepas beliau melaungkan “Umno”.
Dr Mahathir yang mengepilkan klip itu bersama catatan blognya, bagaimanapun mengulangi tuduhannya sebelum ini yang melabelkan Umno terlibat dalam kecurian di samping melakukan penipuan dan rasuah untuk memenangi pilihan raya.
“Apakah Umno pindah pengundi, tukar tempat mengundi, tukar sempadan untuk mencuri pengundi Melayu, Umno seleweng undi pos kerana Allah?” soalnya.
“Annuar sepatutnya junjung Quran dan lafaz bahawa semua yang dunia tahu dilakukan oleh Umno adalah kerana Allah,” kata pengerusi Pakatan Harapan itu.

Video Player
 -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.