`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, December 1, 2017

NAJIB TAKES KELANTAN UMNO LEADERS TO SECRET POW-WOW AT KU LI’S HOUSE: BILA TENGKU RAZALEIGH BERUBAH SIKAP, WAJAR PAS JUGA MENGUBAH HALUAN…

Mesyuarat badan perhubungan Umno Kelantan yang diadakan di Langgak Golf semalam memberi satu moment terbaik buat Umno negeri itu. Kunjungan para pemimpin Umno Kelantan kepada Tengku Razaleigh Hamzah perkara biasa, kerana menghormati beliau sebagai pemimpin veteran dan tokoh banyak jasa di Kelantan.
Tetapi apabila mesyuarat pun diadakan di rumah beliau apa lagi presiden Umno Najib Razak ikut sama hadir tentu ia istimewa.

Ramai orang tertanya-tanya apakah signifikan kepada kunjungan atau mesyuarat berkenaan? Tiada kenyataan akhbar dikeluarkan selepas pertemuan Najib Razak dengan Tengku Razaleigh di mesyuarat itu hanya beberapa foto dengan aksi-aksi tertentu ditularkan. Ini menjadikan orang di luar tertanya-tanya untuk apa dan kenapa?
Sepadu inilah tokoh bakal merampas kerajaan Kelantan.
Atau pun media massa tidak lagi ghairah untuk melaporkan mengenai kedudukan serta pendirian politik Tengku Razaleigh Hamzah yang dilihat macam sukar untuk difahami? Sekali begitu sekali begini yang berasa dia seolah-olah masih berbisa sedangkan sengatnya sudah patah.
Sehingga kini hanya gambar pertemuan itu sahaja ditularkan. Pentafsiran pertemuan di Langgak Golf itu dibuat berdasarkan aksi gambar.
Salah satu gambar menunjukkan Najib diriingi untuk meninggalkan rumah Tengku Razaleigh, mungkin sesudah selesai pertemuan atau selepas memberi sesuatu mesej kepada Tengku Razaleigh.
Gambar-gambar lain ditularkan ialah suasana dalam dewan mesyuarat di rumah Tengku Razaleigh. Ada juga gambar para hadirin sedang makan di mana Najib duduk bersebelahan dengan Tengku Razaleigh. Beberapa wajah ketua bahagian Umno Kelantan turut sama terlihat, ada yang macam segan-segan kuncing bila berdepan dengan Tengku Razaleigh.
Sekeping gambar, post istimewa empat orang pemimpin Umno Kelantan dengan Tengku Razaleigh; Ramzi Abdul Rahman, Mustapa Mohamed dan Alwi Che Ahmad. Gambar ini dilepaskan dalam twiter Md Alwi Che Ahmad.
Tercari-cari juga kita mana gambar dua pemimpin Umno bahagian Bachok dan Ketereh, Awang Adek Hussein dan Annuar Musa. Apakah Annuar tidak hadir diwakilkan kepada Md Alwi Che Ahmad timbalannya sebab Alwi kelihatan dalam gambar yang ditularkan itu. Terdengar juga khabar yang Annuar mungkin tidak dicalonkan dalam Piraum akan datang begitu juga dengan Awang Adek dibisik dengan terhormat agar memberi laluan kepada muka baru di Bachok?
Hanya bagi saya ada dua kemungkinan apa dicapai dalam mesyuarat tersebut. Bagi Umno mereka gembira dengan kesediaan Tengku Razaleigh membenarkan mesyuarat diadakan di rumahnya. Baginya event itu satu penghargaan buatnya, apa lagi beliau suka menjamu makan. Kebenaran itu pula disambut oleh Umno Kelantan bahawa ahli Parlimen Gua Musang masih dekat dengan mereka.
Mungkin mereka — Umno Kelantan ada terdengar yang cakap-cakap lisan Tengku Razaleigh yang mahu memastikan kerajaan Pas Kelantan tumbang dengan sedia memberi sokongan kepada Husam Musa, bukan kepadanya. Kenyataan lisan itu boleh menyebabkan Umno Kelantan mencari jalan bagi menjinakkan Tengku Razaleigh. Memang berlaku beberapa pertemuan di antara Tengku Razaleigh dengan pihak atau individu dari “pembangkang” khasnya Pakatan Harapan.
Dengan kehadiran Najib itu boleh jadi beliau meminta Tengku Razaleigh terus bersama Umno dan minta kekal bertanding di kerusi parlimen Gua Musang. Mungkin ada kata-kata yang boleh mempesonakan bekas Menteri Kewangan itu. Manusia suka berjanji dan yang lain pula mudah terminum dengan janji.
Kalaulah jaminan Tengku Razaleigh akan sedia turun membantu Umno Kelantan, itulah yang paling diharapkan. Sudah tentu kalau Tengku Razaleigh mengubah semula pendiriannya yang agak goyah kepada Umno Kelantan dibawah pimpinan Mustapa Mohamed selama ini, perkembangan ini perlu dibimbangi oleh Pas Kelantan.
Satu perkara perlu sangat diingatkan oleh Pas dan juga pemerhati politik di Kelantan, kejatuhan kerajaan Kelantan tahun 1978 dulu kerana peranan besar Tengku Razaleigh Hamzah, begitu juga kejatuhan kerajaan Umno tahun 1990 lalu juga kerana beliau. Apakah beliau akan sedia untuk sekali lagi menjadi penyebab kepada kejatuhan kerajaan Kelantan kali ini, (giliran kerajaan Pas pula) untuk menunjukkan beliau masih ada pamor (berbisa).
Kalau tafsiran ini tepat maka wajar untuk Pas mempersiapkan diri mempertahankan kerajaanya tanpa bergantung kepada Umno. Apa kata kalau Pas berpaling ke belakang mencari rakan-rakan untuk membantunya. Maksudnya Pas melupai pesengketaan dan membuag rasa benci kepada seseorang untuk bertangkup dengan Pakatan Harapan demi memastikan kerajaan peninggalan Nik Aziz di Kelantan selamat?
Apa kata kita hanya tanya sahaja?
– http://msomelayu.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.