`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, December 27, 2017

Sami kuil di Setapak dakwa ketakutan diugut kongsi gelap

a group of people around each other: Manikavasagam Sundaram (kanan) menyuarakan masalah dihadapi 2 kuil di Setapak kepada DSP Faizal Samsuddin sambil disaksikan Elangovan Mariappan (baju kuning).© Provided by MToday News Sdn BhdManikavasagam Sundaram (kanan) menyuarakan masalah dihadapi 2 kuil di Setapak kepada DSP Faizal Samsuddin sambil disaksikan Elangovan Mariappan (baju kuning).
Manikavasagam Sundaram (kanan) menyuarakan masalah dihadapi 2 kuil di Setapak kepada DSP Faizal Samsuddin sambil disaksikan Elangovan Mariappan (baju kuning).
KUALA LUMPUR: Sami 2 kuil di Setapak mendakwa hidup dalam ketakutan akibat diugut sekumpulan ahli kongsi gelap sejak tahun lalu.
Sami kuil Sri Bathrakaliaman Devasthanam, Elangovan Mariappan, 53, mengesyaki ahli kongsi gelap 08 menghalau mereka daripada tanah berkenaan dan mengugut akan merobohkan kuil jika mereka ingkar.
“Lima ahli kumpulan kongsi gelap akan datang 2 kali ke kuil dalam seminggu. Mereka datang ke kuil halau kami, mereka arahkan kami berpindah.
“Semua gambar anak dan isteri saya mereka ambil. Mereka bukannya dari pihak pemaju dan bila tanya mereka dari mana, mereka tidak mahu jawab,” katanya yang tinggal bersama keluarganya bersebelahan kuil itu.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan petisyen bantahan ditandatangani penduduk sekitar kepada DSP Faizal Samsuddin yang mewakili Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun di Bukit Aman, hari ini.
Beliau hadir bersama Pengerusi Persatuan Kebajikan Urimai Selangor, Manikavasagam Sundaram dan ditemani 15 penduduk setempat.
the inside of a building: Kuil Sri Bathrakaliaman Devasthanam berdekatan PPR Seri Semarak di Taman Air Panas, Setapak yang menjadi sasaran geng kongsi gelap.© Provided by MToday News Sdn Bhd Kuil Sri Bathrakaliaman Devasthanam berdekatan PPR Seri Semarak di Taman Air Panas, Setapak yang menjadi sasaran geng kongsi gelap.
Kuil Sri Bathrakaliaman Devasthanam berdekatan PPR Seri Semarak di Taman Air Panas, Setapak yang menjadi sasaran geng kongsi gelap.
Dua kuil terbabit adalah Sri Bathrakaliaman Devasthanam dan Om Sri Vall Muniswarar Alayam yang terletak berdekatan PPR Seri Semarak di Taman Air Panas, Setapak.
Elangovan berkata, geng kongsi gelap itu tidak menggunakan senjata mengugut mereka, namun mereka ketakutan susulan kes bunuh dan gilis di Johor Bahru baru-baru ini membabitkan kumpulan kongsi gelap.
Beliau berkata, pihaknya sudah mencapai persetujuan dengan pemaju swasta yang akan membangunkan projek perumahan di tanah itu dan kuil Sri Bathrakaliaman Devasthanam akan dipindahkan ke tapak baharu di Jalan Air Panas.
Katanya, pemaju berjanji akan membayar pampasan RM20,000 kepada mereka dan sedang menyiapkan pembinaan kemudahan asas di tapak baharu itu.
a close up of text on a white background: Petisyen bantahan yang diserahkan kepada wakil Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Haron.© Provided by MToday News Sdn Bhd Petisyen bantahan yang diserahkan kepada wakil Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Haron.
Petisyen bantahan yang diserahkan kepada wakil Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Haron.
Manikavasagam pula mendesak polis segera menangkap ahli kumpulan kongsi gelap itu memandangkan 48 laporan polis dibuat sejak tahun lalu.
“Sehingga hari ini, tidak ada sebarang tindakan daripada polis. Tahun lalu sahaja, 36 laporan polis dibuat dan beberapa lagi laporan polis dibuat tahun ini.
“Setakat hari ini, masih tidak ada sebarang kecederaan berlaku, tetapi kita bimbang perkara lebih teruk terjadi,” katanya sambil menambah 2 kuil itu didirikan dengan kelulusan pihak berkuasa.
“Kalau gengster hendak cari makan, pergilah ke lokasi lain, jangan ganggu rumah ibadat. Penduduk sudah setuju untuk berpindah ke lokasi lain dan sudah dapat kata putus dengan pemaju,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.