Kejadian tercetus apabila seorang AJK Umno Seputeh menyokong gesaan meminta pimpinan tertinggi parti bertanggungjawab atas kekalahan teruk.
VIDEO INSIDE
KUALA LUMPUR: Suasana tenang selepas majlis ulang tahun Umno ke-72 bertukar tegang apabila berlaku pertengkaran antara Pemuda Umno.
Ia tercetus apabila Ahli Jawatankuasa Umno Seputeh, Muhammad Takiuddin Halim berkata dia menyokong gesaan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Rafii, dan meminta pimpinan tertinggi parti bertanggungjawab atas kekalahan teruk Barisan Nasional.
Kata-kata Takiuddin itu menyebabkan dia ditarik sekumpulan Pemuda Umno yang tidak bersetuju dengan desakan itu.
Kira-kira 30 pemuda Umno yang tidak berpuas hati dengan tindakan itu mengejar Takiuddin hingga ke dalam perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Polis bantuan di PWTC terpaksa campur tangan bagi menenangkan keadaan, dan suasana kembali tenang selepas Taikuddin dibawa pergi. -FMT
I came across such a large number of fascinating stuff in your online journal particularly its discourse. From the huge amounts of remarks in your articles, I figure I'm not by any means the only person having all of the pleasure here! keep doing awesome…ishares Asia Pacific Dividend
ReplyDelete