`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Wednesday, May 30, 2018

TABUNG PATRIOTISME BANTU KEWANGAN NEGARA

BAGI saya, penubuhan “Tabung Harapan Malaysia” lebih berupa saluran bagi rakyat jelata menzahirkan rasa kasih sayang kepada negara.
Juteru itu, bukan jumlah derma yang menjadi ukuran tetapi manifestasi kasih sayang dan petriotisme terhadap negara.
[Komen “Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Namun begitu, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas mesyuarat kabinet hari ini, tahung itu akan memantu mengukuhkan kewangan negara.
[Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, nombor akaun derma tersebut ialah Malayan Banking Berhad 566010626452.]
Bagaimanapun, tabung itu boleh menjadi cukup besar dan berkesan jika “billionaire”, jutawan, orang kaya dan syarikat besar turut memberi sumbangan dalam jumlah yang banyak.
Ada baiknya derma patriotisme itu masuk terus ke dalam akaun Kementerian Kewangan daripada ke dalam pelbagai akaun awam seperti yang berlaku sejak beberapa hari lalu.
Namun kita berterima kasih kepada pihak-pihak awam yang telah secara sukarela melancarkan kutipan yang tujuan asalnya membantu kerajaan baru Pakatan Harapan membayar balik hutang.
Hasrat membantu kerajaan ini tercetus apabila dihebahkan yang hutang kerajaan kini melebihi RM1 trilion (RM1,000,000,000,000) akibat pemborosan dan salah tadbir ekonomi oleh kerajaan Barisan Nasional yang dikalahkan dalam pilihan raya umum (PRU) 9 Mei lalu.
Dalam keadaan kewangan yang sempit sekarang, kerajaan bukan sahaja memerlukan hasil untuk membayar balik hutang tetapi ia juga untuk menampung perbelanjaan lain.
Tahun ini kadar faedah hutang sahaja dianggarkan RM31 bilion.
Maka atas sebab itulah kerajaan terpaksa membuat keutamaan baru dalam membelanjakan hasil yang terhad seperti membatalkan atau merundingkan semula projek raksasa peninggalan kerajaan lama.
Antara keputusan lain adalah:
Bayaran khas RM400 untuk penjawat awam bagi gred 41 dan ke bawah manakala RM200 untuk pesara;
Memperkenalkan Bantuan Sara Hidup Rakyat bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M);
Cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan dimansuhkan pada bulan September dan digantikan dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Mulai 1 Jun, kadar GST diturunkan kepada sifar (0);
Membatalkan projek Mass Rapid Transit 3 (MRT3); dan
Menghimpunkan ilmuan Islam serta cendekiawan lain untuk membincangkan masa depan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mengelakkan imej Islam sebagai agama yang keras dan zalim.
– http://kadirjasin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.