`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, May 21, 2018

Detik Wan Azizah terkejut anak dari AS pulang

Klip video yang menyentuh hati netizen yang turut meraikan kepulangan Nurul Hana itu ditonton 196,135 kali dengan ratusan komen.
VIDEO INSIDE
Selepas keluarga, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersatu ekoran kepulangan beliau dari penjara, semalam Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkongsi detik beliau dikejutkan dengan kepulangan anaknya, Nurul Hana dari Amerika Syarikat.
Kejutan yang indah di bulan mulia ini. Sedih dalam gembira. #Alhamdulillah #motheranddaughter,” tulis beliau pada laman Instagramnya.
Klip video menyentuh hati netizen yang turut meraikan kepulangan Nurul Hana itu ditonton sebanyak 196,135 kali dengan ratusan komen daripada netizen yang turut mengakui sebak dengan saat tersebut.
Misalnya, zila.nizam menulis, “Alhamdulillah, sebak, gembira semua ada..20 tahun berjuang dan akhirnya diberi kemenangan.”
Pengguna bernama, atieqatirah akui berasa sebak melihat kemanisan pengorbanan menegakkan keadilan keluarga Anwar.
Tidak dapat dinafikan Ramadan dan Syawal tahun ini akan menjadi sambutan Raya paling sempurna lagi keluarga Anwar dan Azizah ini. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.