`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, May 12, 2018

Exco akan ditentukan dalam masa terdekat, kata MB Negeri Sembilan

Aminuddin menyatakan pihaknya baru sahaja berbincang di peringkat awal mengenai jumlah exco berkenaan.
KUALA PILAH: Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru dilantik Aminuddin Harun menyatakan pihaknya akan membincangkan jumlah exco yang dilantik dalam masa terdekat.
“Kita baru bincang di peringkat awal sahaja, belum ada perbincangan khusus,” katanya pada sidang media yang pertama di Seri Menanti Resort hari ini.
Terdahulu, Aminuddin baru sahaja dilantik menjadi menteri besar di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti selepas menandatangi watikah perlantikan.
Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, perkara utama yang akan dilaksanakan olehnya adalah “bersih”, atau menurutnya, memastikan kerajaan negeri bersih dari rasuah, nepoteisme, salah laku dan salah guna kuasa.
“Ini yang mula kita nak buat dan kita akan pastikan juga negeri ini bersih bukan sahaja individu tapi bandar bersih, tempatnya bersih dan kita nak Negeri Sembilan ini negeri yang bersih,” katanya.
Mengulas mengenai dasar kerajaan terdahulu seperti mahu menjadikan Seremban sebagai sebuah bandaraya, Aminuddin akan meneruskan perkara yang baik daripada pentadbiran terdahulu.
“Yang baik kita akan teruskan, kita akan buat penambahbaikan dari semasa ke semasa,” katanya. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.