USAHA pihak tertentu untuk merapatkan hubungan Pas dengan kerajaan Harapan, secara prinsipnya perlu disokong. Itulah yang patut berlaku selepas selesai pilihan raya dan rakyat sudah membuat keputusan muktamad. Bukan sahaja dengan Pas tetapi dengan Umno juga wajar diambil kira.
Kuasa atau kerusi dimenangi kedua-dua parti itu mewakili hampir separuh 222 atau 32% kerusi parlimen kesemuanya yang berjumlah 72 kerusi. Bahkan jika dikira perolehan kerusi mengikut kerusi Umno merupakan parti dominan memiliki 54 kerusi atau 24.3%.
Keputusan rakyat itu perlu dihormati dan seharusnya memberi pulangan istimewa buat mereka. Ia juga sesuai dengan seruan Dr Mahathir Mohamad sendiri agar orang Melayu menghentikan perbezaan politik dan kembali menyatu-padukan kekuatan ummah. Dr Mahathir menekan kepada orang Melayu kerana seruan itu dibuat semasa iftar Ramadhan.
Iya, tidak perlu kita terus berselisih faham dalam politik yang boleh menyebabkan banyak kerja-kerja utama rakyat dan negara terbantut. Sesebuah kerajaan itu akan mudah melaksanakan misinya kalau ia disokong semua pihak termasuk oposisi yang bersikap positif. Kita perlu menolak dan menghitung apa yang berlaku sebelum ini, yang banyak merugikan kerana terlalu politiking.
Juteru untuk menuju ke destinasi itu kerajaan Harapan perlu disokong dan diberi peluang. Bukan tidak boleh mengkritik tetapi biarlah ia dalam ruang lingkunp sempadan konstruktif.
Kepercayaan atau pegangan politik khurafat, “mentahkid” peperangan harus sampai menjadi debu, dengan pemesungan mentafsir hadith dan hukum hakam agama wajar dibuang kerana ia meruncingkan keadaan. Kita perlu berubah menjadi waras.
Justeru usaha untuk menjinak dan merapatkan saf politik itu membuka dimensi baharu dalam kancah politik negara ini. Sesudah 60 tahun kita berpolitik, melalui 14 kali Piraum elok dan tepatlah pada masanya untuk mengubah persepsi politik. Kita memerlukan neratif baharu dalam politik. Kejatuhan kerajaan UBN perlu dijadikan detik mula (turning point) untuk bergerak ke arah itu.
Maka saya secara pribadi menyokong kuat usaha itu.
Bagaimana pun hendaknya gerakan atau usaha ke arah itu jangan pula ada motif politik. Ia dibuat kerana ada maksud tersembunyi yang mudah untuk ditangkap. Melayu perlu disatukan untuk melihat kekuatan politiknya, tetapi jangan ada kesempatan di atas usaha murni itu. Selamanya kita perlu menerima bangsa Melayu adalah tunggak dan asas politik dalam kesenimbungan pembina negara bangsa ini.
Saya mengungkitkan ini kerana sedikit berasa cuak dengan usaha ini apabila mengetahui, usaha penjinakan Pas atau nawaitu membawa masuk Pas ke dalam PH itu dibuat atas motif politik. Sememangnya apa jua usaha ia tidak dapat dielakkan dari mempunyai unsur berkenaan. Namun, elemen yang boleh merenggang dan menimbulkan keraguan itu perlu diminimumkan.
Pas diajak bersama PH kononnya hendak mengukuhkan kedudukan Dr Mahathir. Alasan digunakan itu baik. Persoalannya apakah kedudukan Dr Mahathir kini lemah? Apakah kelemahan itu dilihat kepada jumlah kerusi diperolehi partinya? Perhitungan itu sudah tidak tepat kerana kekuatan dan kelemahan Dr Mahathir perlu dilihat sebagai menyeluruh. Beliau tidak bertanding atas nama partinya tetapi satu lambang yang dikongsi bersama, DAP, PKR dan Amanah.
Kalau itulah alasan diberikan untuk mempelawa Pas bersama PH, ia telah meletakkan keraguan di atas keperluan itu. Apabila ia dibuat kerana Dr Mahathir ia sudah satu kesilapan. Dalam konteks lebih luas Dr Mahathir bukan objek yang perlu diperjuangkan, beliau hanya sebagai “wasi” sahaja. Sebaliknya usaha hendak menjinak Pas perlu dilihat dalam konteks lebih luas dan konprehensif.
Bukan itu sahaja saya juga mendengar, kononnya penjinakan Pas itu sendiri untuk mengukuhkan kedudukan PPBM sebagai entiti dalam PH. Semacam ada keraguan kepada perpaduan dalam PH waktu ini? Sikap terlalu menghitung kepentingan diri dan puak inilah yang memusnahkan persepakatan awal yang jernih.
Saya tidak perlu menghurainya di sini lebih detail perkembangan itu yang saya ketahui, kerana ia boleh membuka pesepsi yang buruk. Semua pihak perlu sama-sama memahami hal ini dan berfikir apakah ia perlu dibuat proses hal itu dalam suasana yang ada hari ini.
Kemungkinan PH mengalami keretakan di masa akan datang ada. Penyumbangnya bukan oleh satu pihak tetapi pihak lain juga. Tetapi ia bukan sesuatu yang baik dan bijaksana untuk kita membuat ramalan awal. Apa lagi membuat pesiapan untuk membaiki keretakan itu dengan cuba menafikan pihak lain. Tindakan menelan beberapa jenis ubat dan pil sebelum sakit untuk mengelakkan kesakitan kurang praktikal walaupun itu adalah amalan ilmuan perubatan.
Kita jangan memulakan sesuatu yang boleh memberi tanggapan yang tidak baik. Segala kekurangan yang ada dipermulaan pembentukan kerajaan Harapan hendaklah diterima seadanya. Yang lebih penting kita bergerak ke arah memperkuatkannya dari segala sudut dan tidak cuba memanahkan perasaan curiga di antara sama lain dengan melakukan usaha-usaha seperti hendak diusahakan itu.
Mengenai Pas atau Umno, berikan kebebasan kepadanya. Cara lebih baik mereka perlu menjadi pembangkang yang efektif dalam parlimen nanti. Sikap atau cara itu leih baik. Mereka perlu menyedari sumbangan pembangkang dalam sebuah demokrasi sangat penting.
Saya mengira baik Pas dan Umno sudah siap sedia untuk menjadi pembangkang yang baik. Setakat hari ini biarlah Pas bergabung dengan Umno menjadi pembangkang yang berkesan di parlimen, dan gabungan itu diterima pula oleh kerajaan Harapan sebagai sesuatu yang bernilai buat mereka.
Kerajaan Harapan tidak perlu meneruskan sikap kerajaan sebelum ini yang melihat pembangkang entiti yang menyusahkan dan tidak memberi apa-apa pun sumbangan serta mempedulikan setiap apa yang disarankan.
– msomelayu.blogspot.m
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.