`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, May 21, 2018

Kes Guan Eng ditangguh untuk semak semula



Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail membenarkan permohonan oleh peguam Ramkarpal Singh, yang akan failkan perwakilan bagi semakan kes itu.
Ramkarpal berkata mereka akan memfailkan perwakilan kepada Peguam Negara untuk menyemak kes terhadap kedua-dua yang tertuduh.
GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi hari ini menangguh pendengaran rasuah melibatkan bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon, di atas pembelian banglo RM2.8 juta, sehingga 30 Julai.
Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail membenarkan permohonan yang dibuat oleh peguam mewakili Lim, Ramkarpal Singh, dalam kes di mana pendengaran itu sepatutnya diadakan hari ini.
Pada prosiding tersebut, Ramkarpal memberitahu mahkamah pihak pembelaan yang mahukan penangguhan kerana Lim akan mengangkat sumpah sebagai menteri kewangan di Istana Negara, maka tidak boleh hadir mahkamah.
Ramkarpal memberitahu mahkamah, peguam, Gobind Singh Deo akan mengangkat sumpah sebagai menteri komunikasi dan multimedia hari ini, dan tidak akan mewakili Lim.
Ramkarpal berkata mereka akan memfailkan perwakilan kepada Peguam Negara untuk menyemak kes terhadap kedua-dua yang tertuduh.
“Anomali buat masa ini berhubung status Peguam Negara adalah tempoh perkhidmatannya berakhir pada Julai.
“Kami lebih setuju jika Peguam Negara baru mempertimbangkan perwakilan kami, dan kami meminta agar penangguhan sementara dibenarkan, sehingga satu tarikh selepas Julai,” katanya kepada mahkamah hari ini.
V Sithambaram, yang mewakili Phang, juga memberitahu mahkamah, mereka sudah menyerahkan bukti dokumen baru dalam kes yang melibatkan anak guam mereka didakwa.
Katanya, arahan anak guamnya adalah untuk membuat perwakilan komprehensif kepada Peguam Negara bagi tujuan semakan dan menarik semula tuduhan terhadap anak guam.
“Ini berhubung kenyataan yang dibuat oleh kerajaan baru-baru ini bahawa kes-kes yang didakwa mempunyai agenda politik akan disemak semula, dan kami ambil kira kes ini antara yang mempunyai agenda politik.
“Kes itu harus ditangguh bagi membolehkan Peguam Negara baru mengkaji kes itu,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd Daud kemudian memberitahu mahkamah masih belum menerima sebarang dokumen.
“Bagi perwakilan untuk semak kes itu, saya tiada komen berhubung itu,” tambahnya.
Lim dan Gobind kedua-duanya tidak hadir mahkamah hari ini.
Ramkarpal dibantu oleh RSN Rayer, sementara itu, Sithambaram dibantu oleh peguam, Hisyam Teh dan Rueban Kumar.
Pada 30 Jun 2016, Lim, 55, dituduh menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk mendapatkan keuntungan bagi diri dan isterinya, Betty Chew, dengan meluluskan permohonan bagi menukar tanah pertanian kepada zon perumahan awam di barat daya Pulau Pinang kepada syarikat Magnificient Emblem Sdn Bhd.
Lim juga berdepan satu lagi tuduhan menggunakan kedudukannya untuk membeli banglo daripada Phang dengan harga RM2.8 juta, bawah nilai pasaran iaitu RM4.7 juta.
Sementara itu, Phang dituduh bersubahat. Kedua-dua mereka tidak mengaku bersalah di atas tuduhan itu.
Dalam masa 2 hari pendengaran yang bermula semalam, seramai 25 saksi telah memberi keterangan di atas dakwaan itu. -Mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.